suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sejak bila pula ‘bridesmaids‘ wajib yang popular atau artis?“ - Bella Astillah kongsi alasan pilih sembilan pengapit

Bella bersama sembilan individu penting di hari bahagianya.

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah berkongsi alasan memilih sembilan orang terdekat yang bakal bertindak sebagai pengapit untuk hari perkahwinannya.

Bagi Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, sebagai seorang selebriti, pemilihan senarai nama pengapit tidak seharusnya tertumpu kepada golongan rakan artis.

"Sejak bila pula bila kita bercakap tentang bridesmaids, semua dalam itu wajib yang popular atau artis? Saya lebih memilih sahabat sejati.

Bella sempat meluangkan masa bersama rakan-rakan terdekatnya. 

"Semestinya ada kawan-kawan dalam industri yang saya sangat hormati dan sayang juga. Tapi semua ada kehidupan sendiri, ada kerja, keluarga, komitmen dan kesibukan masing-masing," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Sebelum itu, menerusi beberapa hantaran di media sosial, Bella menunjukkan pengapit untuk majlis hari bahagianya berkongsi kemeriahan mereka berkumpul dalam sebuah acara dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Antara yang bakal bertindak sebagai pengapit ialah pelakon Toh Puan Syamim Frieda dan Tya Arifin selain penyanyi Emma Suhaimi serta adik Bella sendiri, iaitu Didie Astillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq nikah 10 Oktober depan 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah pecah rekod peribadi, gigih tamatkan larian demi Syed Saddiq... Rakan siap bawa bunga manggar!

Meskipun ada antara mereka yang tidak dikenali ramai, namun menurut Bella, rakan-rakan terdekat ini adalah orang yang sentiasa bersamanya.

"Tak semestinya setiap masa kena bersama atau sentiasa muncul di media sosial untuk membuktikan sesuatu. Pada usia sekarang, saya rasa kita dah cukup matang untuk faham bahawa hubungan yang paling ikhlas tak semestinya paling terlihat nyata.

Ramai menantikan detik Bella dan Syed Saddiq sah menjadi pasangan suami isteri. 

"Ada kawan yang kita bercakap setiap hari, ada yang tinggal beribu batu jauh, ada yang mungkin berbulan tak berjumpa. Tapi bila berjumpa, hubungan itu tetap sama," ujarnya.

Bella sebelum ini mengumumkan bakal bernikah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada 10 Oktober.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain