suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Astillah pecah rekod peribadi, gigih tamatkan larian demi Syed Saddiq... Rakan siap bawa bunga manggar!

Bella ikut serta misi larian Syed Saddiq ke Muar.

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah turut menunjukkan sokongan terhadap tunangnya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dalam menjayakan Misi Larian Kesyukuran.

Bukan sekadar tanda sokongan, malah Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah turut mencatat rekod peribadi apabila berjaya menamatkan larian sejauh 17 kilometer menerusi misi tersebut.

"Hari ini pencapaian peribadi saya. Larian pertama 17km. Sebelum ini paling jauh hanya 8km.

Bella berlari diiringi individu yang membawa bunga manggar. 

"Saya sertai larian ini sebagai tanda sokongan dan solidariti untuk Misi Larian Kesyukuran YB Syed Saddiq. Walaupun saya agak lambat sedikit, saya tetap gembira dapat sama-sama mengambil bahagian," katanya.

Bella berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram miliknya pada Ahad sempena kejayaan Syed Saddiq menamatkan misi berkenaan di Muar, Johor.

Menerusi video berkenaan, Bella dipercayai memulakan larian dari Merlimau, Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 3 jam tamatkan larian, Syed Saddiq tunai janji! Terus agih bantuan kepada penduduk Muar 

ARTIKEL BERKAITAN: Kutipan dana Syed Saddiq cecah RM361,848 hari kedua larian ke Muar, jauh lepasi sasaran asal

Sebelum ini, dia juga dilihat memandu karavan bagi mengiringi perjalanan Syed Saddiq yang memulakan larian dari Putrajaya pada Khamis.

Lebih mencuri tumpuan, larian Bella turut diiringi seorang wanita yang membawa bunga manggar sambil berlari.

Bella setia memberi sokongan buat Syed Saddiq. 

Perkongsian Bella itu turut mendapat respons daripada tunangnya yang mengucapkan penghargaan atas sokongan yang diberikan.

"Terima kasih kerana turut serta, pembakar semangat terbaik," komen Syed Saddiq.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain