suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Album bukti penyanyi serius dalam kerjaya, Julfekar kata jangan bergantung satu lagu sahaja

Julfekar berpendapat penghasilan album penting buat kerjaya seorang penyanyi.

KOMPOSER Julfekar tampil berkongsi pendapat mengenai kepentingan penghasilan sebuah album bagi seseorang penyanyi dalam menentukan hala tuju perjalanan seni mereka.

Bagi Julfekar, 64, penghasilan album bukan sahaja membuktikan kesungguhan seseorang bergelar penyanyi, malah mampu menunjukkan kematangan serta kualiti vokal menerusi rangkaian lagu yang dihasilkan.

"Album memberi nilai yang lebih tinggi kepada kerjaya artis. Ia menunjukkan bahawa artis tersebut bukan sekadar mencuba nasib dengan satu lagu, tetapi benar-benar serius membina kerjaya jangka panjang.

Julfekar yakin penghasilan album mampu mengukuhkan nama seorang penyanyi. 

"Album juga menjadi bukti perkembangan seseorang artis. Peminat dapat melihat kematangan vokal, peningkatan kualiti produksi dan evolusi identiti muzik mereka," katanya.

Julfekar berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap kenyataan komposer Ajai sebelum ini yang turut menggalakkan penyanyi menghasilkan sebuah album penuh.

Bersetuju dengan pendapat tersebut, Julfekar melihat penerbitan album pada masa sama dapat membantu golongan penerbit merancang perjalanan muzik yang lebih baik buat seseorang penyanyi.

Malah, katanya, dari sudut pemasaran, album memberi ruang kepada syarikat rakaman untuk merancang strategi promosi dalam tempoh beberapa tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nampak konsep dan identiti setakat satu single“ - Ajai galak artis buat album 

ARTIKEL BERKAITAN: Melodi sedap lirik bagus, Ajai kongsi rahsia lagu dialek Kelantan mudah viral dapat sambutan ramai

"Penerbit dan komposer dapat merancang perjalanan muzik artis secara lebih strategik, dengan setiap lagu saling melengkapi serta membentuk satu cerita atau tema yang jelas.

"Daripada satu album yang mengandungi 10 hingga 12 lagu, syarikat rakaman boleh mengeluarkan beberapa single secara berperingkat dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Ini bermakna satu album mampu menyokong kempen promosi yang berpanjangan tanpa perlu memulakan proses rakaman dari awal setiap kali," ujarnya.

Dalam pada itu, Julfekar turut menggesa penyanyi agar tidak hanya bergantung kepada satu lagu untuk mengukuhkan nama dalam industri seni.

Ajai beri saranan buat penyanyi untuk menghasilkan album penuh. 

"Single memperkenalkan artis, manakala album membentuk identiti, mengukuhkan jenama dan membina kerjaya jangka panjang. Artis yang benar-benar ingin bertahan dalam industri tidak boleh bergantung kepada single semata-mata," jelasnya.

Sebelum ini, Ajai yang juga bertindak sebagai ketua juri Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menggalakkan artis tempatan kembali menghasilkan album penuh bagi memberi ruang kepada karya mereka dinilai secara menyeluruh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain