suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert punya fasal, Shila Amzah turunkan berat badan... Seloroh mahu nampak muda seiring suami

Shila Amzah sudah turun berat badan sebanyak 16 kilogram.

TAMPIL dengan tubuh lebih langsing, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram (kg) demi konsert solonya yang bakal berlangsung pada 15 Ogos depan. 

Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata penurunan berat badan daripada 80kg kepada 64kg itu adalah satu keperluan memandangkan dia perlu menyanyikan sebanyak 40 buah lagu pada konsert berkenaan.

Jelas Shila, dia menjalani latihan fizikal yang sangat lasak menyamai rutin seorang atlet demi memastikan stamina dan vokalnya berada pada tahap optimum.

Shila mahu kuruskan berat badan demi konsertnya. 

"Saya kurus untuk konsert ini sebab kena menyanyi sebanyak 40 lagu. Susahlah untuk saya nak nyanyikan semua lagu ini dengan berat badan 80 kilogram. Sekarang berat saya 64kg, maknanya sudah 16kg turun.

"Saya memang menjalani latihan macam seorang atlet," katanya kepada mStar. 

Mengulas mengenai perubahan drastik tubuhnya itu, Shila menepis dakwaan dan menegaskan dia tidak melakukan sebarang prosedur pembedahan bariatrik untuk kurus.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sekeluarga pindah China tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah iktiraf bapa tiri figura datuk terbaik buat anak-anaknya

Sebaliknya, isteri kepada personaliti media sosial, Ubai itu memilih jalan sihat dengan menjaga pemakanan dan aktif melakukan aktiviti sukan bersama suaminya.

"Rutin saya? Yang pasti saya tidak potong perut. Saya memang pantang pengambilan gula, buat senaman, minum air kosong dengan banyak, jaga diet, dan ambil suplemen.

"Suami pula selalu ajak saya pergi berbasikal sejauh 10 kilometer hingga 15 kilometer," kongsinya.

Shila kini pentingkan kesihatan. 

Mengakui tubuh terasa lebih ringan dan bertenaga, Shila sempat berseloroh bahawa penampilan baharunya itu juga sebagai salah satu usaha untuk kelihatan sepadan dengan usia suaminya yang lapan tahun lebih muda.

“Alhamdulillah, rasa ringan sangat badan ini. Suami saya lapan tahun lagi muda, jadi saya kenalah nampak sentiasa muda. Inilah cara untuk saya kurangkan umur.

"Sasaran saya sebenarnya adalah untuk mendapatkan berat sekitar 58kg hingga 60kg. Saya ini berangka besar dan otot berat. Jadi kalau berat saya turun lagi selepas ini, memang saya akan kurus," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain