suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadia Annuar berang anak dituduh jadi punca pembantu rumah berhenti

Nadia berang anak dipersalahkan.

PENGACARA Nadia Annuar meluahkan rasa berang dan kecewa apabila anak perempuannya yang baru berusia sembilan tahun dituduh menjadi punca tiga pembantu rumah berhenti kerja.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Shahrul Annuar, 42, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan alasan yang diberikan hanyalah disebabkan ragam normal seorang kanak-kanak.

"Saya dah buat keputusan. Saya akan bawa anak perempuan saya untuk tinggal bersama saya walau dengan apa cara sekalipun.

"Apa yang benar-benar membingungkan saya ialah mereka menyalahkan seorang budak perempuan berusia sembilan tahun atas alasan menyebabkan tiga pembantu rumah berhenti kerja hanya kerana dia degil, tak suka mandi, kadang-kadang enggan berus gigi, dan susah nak kejut bangun pergi sekolah," katanya di halaman Threads. 

Luahan Nadia di halaman Threads. 

Kata Nadia lagi, sebelum ini mereka pernah memiliki seorang pembantu rumah yang bertahan sehingga sembilan tahun tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun, isu ini berbangkit sejak beberapa bulan lalu selepas bekas suaminya mengambil keputusan untuk berkahwin baharu. 

"Benda ini semua jadi dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini sahaja. Sebelum ini, seorang pembantu rumah tinggal dengan kami selama 9 tahun, tak ada masalah. 

"Tetapi lepas kahwin baharu, halau pembantu rumah lama, tiba-tiba anak aku pula yang jadi punca?

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali bercerai, Nadia Annuar kongsi nasihat jaga aib… Malu bila anak sudah besar

ARTIKEL BERKAITAN: Ditipu syarikat makanan trak, Nadia Annuar dan rakan kongsi tanggung rugi RM40,000

"Jadi tak apalah. Memandangkan anak saya tidak baik, bagi dia balik pada saya. Saya akan jaga dan didik anak saya sendiri. Kau buatlah anak baharu yang lebih baik," ujarnya. 

Dalam pada itu, Nadia tampil berkongsikan punca sebenar apabila pembantu rumah di kediaman tersebut tidak bertahan lama.

"Anak saya itu pun, sedegil-degil dia, tidaklah sampai tak hormat orang tua walaupun pembantu rumah. Tetapi sepatutnya mereka cermin diri sendiri kenapa semua pembantu rumah tak tahan.

"Sebab ketat sangat undang-undang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Saya ada tahu kod etika kerja sebanyak lapan muka surat yang dia suruh pembantu rumah tandatangan sebelum mula kerja. Kalau saya sendiri pun, saya tak tahan," ujarnya.

Nadia bersama anaknya, Nayla. 

Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi dan perkahwinan tersebut berakhir perceraian pada tahun 2010. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, 16 tahun. 

Nadia kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Salleh pada tahun 2015 namun berpisah pada 2023. 

Mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Nayla yang kini berusia sembilan tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain