suria

Dua kali bercerai, Nadia Annuar kongsi nasihat jaga aib… Malu bila anak sudah besar

Nasihat Nadia untuk semua pasangan suami isteri.

PERNAH melalui fasa penceraian, pengacara Nadia Annuar berkongsi nasihat buat pasangan yang berdepan kemelut rumah tangga agar tidak menceritakan kisah peribadi mereka kepada umum.

Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 41, berkata tindakan membuka kisah rumah tangga hanya akan mengundang kesan jangka panjang, terutama kepada anak-anak.

“Nasihat kakak yang sudah pernah bercerai dua kali ini, tak payahlah jaja sangat cerita kenapa nak cerai, siapa baik, siapa buruk.

Nasihat Nadia diterima ramai peminat.

“Nak cerai saja, kan? Bukan jutawan nak berebut harta pun sampai kena buktikan siapa yang salah, kan?” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Menurut Nadia, pasangan yang mempunyai cahaya mata perlu berfikir lebih jauh dan matang kerana segala yang diperkatakan hari ini akan menjadi kenangan pahit buat anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

“Ada anak-anak, kita fikir masa depan anak bila dah besar. Satu Malaysia tahu cerita celah kain ibu bapa dia masa cerai. Malu, dik,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali gagal dalam perkahwinan, Nadia Annuar hati-hati cari pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Ditipu syarikat makanan trak, Nadia Annuar dan rakan kongsi tanggung rugi RM40,000

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata bersetuju bahawa jejak digital tidak akan hilang walaupun sudah bertahun-tahun.

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, dia juga meminta orang ramai agar tidak terlalu masuk campur urusan perkahwinan mana-mana pasangan yang sedang dilanda masalah.

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Salleh pada 2015 namun berpisah pada 2023.

Nadia bersama anak bongsunya, Nayla.

Mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia sembilan tahun.

Sebelum itu, dia berkahwin dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi dan perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian pada 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, 16 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain