suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah

Namewee ketika hadir ke mahkamah.

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan penyanyi rap Namewee daripada pertuduhan penggunaan dadah pada yang dilakukan pada Oktober lalu. 

Keputusan itu dibuat Majistret S Arunjothy pada Isnin selepas Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memaklumkan ujian air kencing dilakukan Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee adalah negatif.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan agar wang jaminan sebanyak RM2,000 dikembalikan kepada Namewee.

Ujian air kencing Namewee didapati negatif.

Namewee bagaimanapun masih berdepan dengan pertuduhan memiliki dadah jenis ekstasi seberat 5.12 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Namewee berdepan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tidak kurang tiga sebatan dan maksimum sembilan sebatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Namewee ditahan di hotel, positif empat jenis dadah... Mengaku tak bersalah atas dua pertuduhan

ARTIKEL BERKAITAN: Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh model Taiwan, nafi cuba lari... "Saya sentiasa tampil secara sukarela"

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 19 Januari 2026.

Pada Oktober lalu, Namewee ditahan polis di sebuah hotel selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain