suria

Imran Aqil perlahankan karier lakonan, fokus besarkan anak… “Fasa ini sangat singkat”

Imran perlahankan karier lakonan demi anak.

SELEPAS dikurniakan anak, pelakon Imran Aqil memilih untuk mengurangkan tawaran lakonan dan lebih menumpukan perhatian kepada keluarga serta aktiviti sukan.

Menurut Imran atau Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 26, fasa awal perkembangan anaknya amat singkat dan berharga sekali gus mahu menikmati setiap detik, terutama sebelum si kecil itu mula berjalan dan bercakap.

"Selepas dikurniakan anak, memang saya kurangkan tawaran lakonan. Ini kerana jadual penggambaran biasanya sangat ketat. 

Imran mahu fokus pada anak buat sementara waktu.

"Saya mahu menikmati momen bersama anak, terutamanya sebelum dia berjalan dan bercakap. 

"Fasa ini sangat singkat, sekitar satu hingga dua tahun sahaja kerana selepas itu sepanjang hidupnya dia sudah boleh berjalan dan bercakap," katanya kepada mStar.

Imran berkongsi perkara itu ketika ditemui di Selkirk Social Fans Tournament di BRIO Social Club, IPC Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Imran Aqil umum isteri hamil anak pertama, Dahlia makin manja sejak berbadan dua

ARTIKEL BERKAITAN: Anak belum dua bulan, Imran Aqil sedih Nur Yusra dijangkiti Covid-19

Menurut Imran, dia kini lebih selesa menerima projek penggambaran yang singkat seperti filem pendek yang hanya mengambil masa tiga atau empat hari untuk disiapkan.

"Jadi, pada waktu-waktu yang penting ini, saya memilih untuk mengelakkan tawaran kerja yang berpanjangan. 

"Secara keseluruhan, saya memang mengurangkan lakonan dan lebih banyak fokus kepada kerja pengacaraan serta kempen media sosial.

Saya mahu menikmati momen bersama anak, terutamanya sebelum dia berjalan dan bercakap. 

IMRAN AQIL

PELAKON

"Saya lebih selesa menerima projek seperti filem pendek yang hanya mengambil masa tiga atau empat hari penggambaran," ujarnya.

Sementara itu, Imran yang kini aktif bersukan mengakui teruja apabila menerima beberapa tawaran berlakon dalam filem bergenre sukan. 

"Alhamdulillah, disebabkan saya aktif bersukan, kebanyakan tawaran yang datang berkaitan dengan sukan. Contohnya filem atau drama bertemakan badminton dan bola sepak. 

Kerana aktif bersukan, Imran banyak dapat watak melibatkan genre sukan.

"Ada beberapa tawaran yang saya tolak dan ada juga yang saya terima, bergantung kepada kesesuaian," katanya.

Untuk rekod, Imran mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh Dahlia Rizal pada 9 September 2024.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Nur Yusra yang kini berusia tujuh bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain