MENYEDARI dirinya menerima kecaman teruk kerana membiarkan anak-anak melihat kemelut rumah tangganya bersama bekas suami, pelakon Syida Melvin tampil menjelaskan perihal sebenar.Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 29, mengakui terlalu mengikut emosi sehingga membuat siaran langsung di media sosial tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan itu. Menurut Syida, tindakan membawa anak-anak ke lokasi berlakunya pertelingkahan itu dibuat dengan harapan bekas suaminya, Syafiq Azim, akan mempunyai belas kasihan terhadap kebajikan serta keselesaan anak-anak mereka.Luahan hati Syida susulan kecaman diterimanya.“Saya ingin jelaskan bahawa saya membawa mereka dengan satu harapan. Saya berharap apabila melihat sendiri wajah anak-anak, mungkin akan timbul sedikit rasa belas ihsan dan keprihatinan terhadap keperluan mereka.“Mereka juga memerlukan sebuah rumah, ruang peribadi dan tempat untuk membesar dengan selesa seperti kanak-kanak lain.“Ada juga yang mengatakan tindakan saya membawa anak-anak ke situ tidak wajar kerana dikhuatiri akan meninggalkan trauma kepada mereka,” kongsinya dalam satu hantaran di Threads.Sebagai ibu, Syida mengakui turut bimbang jika perkara itu memberi kesan terhadap emosi dan kesihatan mental anak-anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Lapan bulan merempat dengan anak-anak, Syida Melvin desak bekas suami keluar rumahARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin dah buntu, terpaksa buat live ‘halau’ bekas suami keluar rumah... “Anak-anak nak sekolah, aku tak ada tempat”Namun kejadian yang disaksikan tiga anaknya itu bukan sesuatu yang baharu sebaliknya sudah lama dilalui sejak sekian lama. Malah, dia turut menyedari anak sulungnya, Safa Safeera atau Pia, menunjukkan kematangan yang berbeza daripada kanak-kanak seusianya dipercayai akibat pengalaman yang dilalui sejak kecil.“Saya faham kebimbangan itu. Percayalah, sebagai seorang ibu, saya juga tidak pernah mahu anak-anak terdedah kepada perkara yang boleh mengganggu emosi dan perkembangan mereka.“Namun, apa yang berlaku tempoh hari bukanlah kali pertama anak-anak menyaksikan atau mendengar pertengkaran, provokasi dan kata-kata yang tidak sepatutnya didengari oleh anak kecil. Saya tidak meminta semua orang menyebelahi saya.SYIDA MELVINPELAKON“Selama ini, saya berusaha sedaya upaya menyimpan segala masalah rumah tangga daripada pengetahuan keluarga. Anak-anak juga tidak pernah bercerita atau bersuara tentang apa yang mereka lalui di dalam rumah.“Apabila saya akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah dan keluarga mula mengetahui keadaan sebenar, barulah mereka bertanya sendiri kepada anak-anak. Ketika itulah satu demi satu cerita yang selama ini tersimpan mula terungkap,” jelasnya.Mengulas mengenai tindakannya membawa anak-anak ke lokasi berkenaan, Syida berkata dia tidak menyesal memperjuangkan hak serta masa depan mereka, namun mengakui mungkin terdapat cara lebih baik untuk menyuarakan perkara itu.Jelasnya, dia sudah mengambil langkah sewajarnya melalui saluran undang-undang dan kini masih menunggu proses serta keputusan seterusnya.Syida maklumkan anak-anak merindui rumah mereka.Bagaimanapun, dalam tempoh menunggu itu, dia perlu memikirkan keperluan tiga anaknya yang memerlukan tempat tinggal stabil dan selesa selain persediaan untuk memulakan sesi persekolahan tahun hadapan.“Memandangkan masa semakin suntuk, saya cuba mencari satu lagi ikhtiar dengan meminta sedikit ruang untuk saya dan anak-anak kembali ke rumah tersebut buat sementara waktu, sementara urusan harta sepencarian diselesaikan mengikut undang-undang.“Tetapi usaha itu masih belum berhasil. Maka saya terpaksa mencari jalan lain demi kepentingan dan kebajikan anak-anak,” katanya.Syida turut meluahkan rasa sedih melihat anak bongsunya, Isa, yang masih kecil terpaksa membawa mainan kesayangan ke mana sahaja kerana tidak lagi mempunyai ruang peribadi seperti dahulu.Syida hanya mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.Selain dua anaknya yang meluahkan rasa rindu terhadap bilik serta ruang sendiri di kediaman berkenaan malah selepas kejadian itu, mereka mula bertanyakan sekiranya berpeluang kembali ke bilik tidur masing-masing.“Jujurnya, saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan-soalan seperti itu. Maafkan ibu, sayang. Ibu sudah cuba sehabis daya. "Ibu juga mahu kamu semua kembali ke rumah, tidur di bilik sendiri dan mempunyai ruang untuk bermain serta menyimpan barang-barang kesayangan kamu. Tetapi buat masa ini, ibu masih belum berjaya,” luahnya.Mengakhiri kenyataan, Syida berharap segala urusan dapat diselesaikan melalui saluran yang betul agar dia dan anak-anak kembali menikmati kehidupan lebih stabil.Syida harap orang ramai memahami keadaan dirinya.Dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang memahami serta tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka.“Saya tidak meminta semua orang menyebelahi saya. Saya cuma meminta sedikit ruang untuk menjelaskan perkara yang selama ini tidak pernah saya ceritakan.“Saya hanyalah seorang ibu yang sudah terlalu lelah dan penat memperjuangkan hak serta kebajikan anak-anak kecil saya. Saya juga manusia biasa yang mempunyai perasaan, batas kesabaran dan kelemahan.“Akhir sekali, dengan penuh rendah hati, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari lubuk hati yang paling dalam kepada semua pihak yang mungkin terkesan secara langsung mahupun tidak langsung atas apa yang telah berlaku,” katanya.