suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita sengaja sabotaj diri walaupun bijak, mental ‘koyak‘ kerap direndahkan ibu sendiri - “Tolong jaga mulut dengan anak”

Ibu yang diharapkan menjadi pendorong dan pemberi semangat bertindak sebaliknya apabila lebih suka membesar-besarkan anak orang lain berbanding anak sendiri. -Gambar hiasan AI

SETIAP anak pastinya mendambakan ucapan tahniah dan pelukan bangga daripada ibu bapa sekiranya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Namun bagi wanita ini, rasa kecewa tidak dihargai malah sering dibandingkan dengan orang lain terbawa-bawa sehingga ke dewasa.

Ceritanya, hatinya mula hancur berkecai sewaktu menerima keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) apabila tiada satu kata-kata pujian daripada ibu bapanya.

Sebaliknya, dia hanya mendapat kata-kata sindiran dan dibandingkan dengan sepupunya walaupun mendapat keputusan cemerlang.

Gara-gara selalu dibandingkan sejak kecil, seorang wanita mengakui hilang semangat untuk belajar di sekolah. -Gambar hiasan AI 

"Paling terpahat dalam ingatan aku masa dapat keputusan UPSR dan PSRA. Aku dapat 5A dan Jayyid Jiddan (sangat baik).

"Bukannya ucapan tahniah yang diterima daripada ibu, tapi dia kata 'kenapa tak Mumtaz (cemerlang)? Kau tengok anak makcik kau. Dahlah pandai, rajin tolong mak dia'.

"Anak makcik yang dimaksudkan itu sebenarnya langsung tiada A dan PSRA pun teruk," luahnya yang membuat perkongsian tersebut di Threads.

Terguris dengan sindiran itu, wanita tersebut mengakui semangatnya untuk menuntut ilmu terus berkubur serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri

Bermula dari detik itu, dia memilih untuk 'protes' secara senyap dengan tidak lagi mengulang kaji pelajaran dan bersikap sambil lewa di sekolah.

"Bermula hari itu aku berhenti belajar. Pergi sekolah main-main, peperiksaan memang jawab main-main. PMR dapat 7A 1B... B itu pun sebab aku tidur dalam kelas. SPM pula 6A 3B, sumpah langsung tak belajar.

"Masa diploma, aku pernah berhenti masa semester dua sebelum sambung semula bidang Farmasi ketika umur 20 tahun. Memang banyak ulang kertas peperiksaan, tapi tetap tamat pengajian tepat pada masanya dengan CGPA 3.02.

"Daripada sambung ijazah, aku buat keputusan untuk terus berkahwin," ceritanya lanjut.

  • Kejayaan cemerlang seorang wanita dalam UPSR dan PSRA tidak dihargai ibu sendiri.
  • Kata-kata sindiran tersebut mematahkan semangat belajarnya serta-merta sejak zaman sekolah.
  • Dia memprotes secara senyap dengan belajar sambil lewa sepanjang PMR, SPM, dan peringkat diploma.
  • Dia tetap berjaya menamatkan pengajian Diploma sebelum membuat keputusan untuk terus berkahwin.
  • Wanita itu meningatkan ibu bapa agar menjaga tutur kata dan tidak merendahkan anak sendiri.

Menyedari kesan buruk akibat sikap suka membanding-bandingkan anak, wanita berkenaan turut menitipkan pesan kepada ibu bapa di luar agar menjaga pertuturan dan tidak meracuni mental anak sendiri.   

Jelasnya, tindakan merendahkan anak sendiri demi memuji orang lain tidak akan sesekali membakar semangat, sebaliknya hanya menjauhkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

"Tolonglah ibu-ibu di luar sana, jaga mulut dengan anak. Kalau anak dapat keputusan cemerlang, ucap tahniah dahulu bukannya bandingkan dengan anak orang lain.

"Kalau anak tak dapat straight A, beri semangat untuk peperiksaan seterusnya. Membandingkan anak dengan orang lain tidak akan buat mereka jadi lebih baik, sebaliknya akan menarik mereka jatuh," katanya.

anak, ibu toksik, peperiksaan, SPM, sekolah

Artikel Lain