suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makan suapan RM57,000 daripada lima pekerja asing, bekas pengurus tapak dihukum penjara 49 hari

Meminta atau menerima suapan adalah suatu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG bekas pengurus tapak di syarikat pengurusan sisa mengaku bersalah di mahkamah atas lima pertuduhan meminta 'duit kopi' daripada pekerja migran sebagai syarat untuk membenarkan mereka terus bekerja.

Tertuduh, Koh Kim Sia dijatuhi hukuman penjara 49 hari selepas mengaku menerima wang keseluruhan berjumlah S$18,000 (RM57,206) daripada lima pekerja antara Jun dan Julai 2021.

Menurut laporan CNA, Kementerian Tenaga Manusia Singapura (MOM) memaklumkan pada Rabu bahawa Koh menerima antara S$2,000 (RM6,356) hingga S$4,000 (RM12,712) daripada setiap pekerja.

Ketika berkhidmat dengan syarikat 800 Super Waste Management, Kim Sia dipertanggungjawabkan untuk mengambil serta menyelia pekerja yang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan kawasan perumahan bagi majlis bandaran.

Dia turut menguruskan permohonan dan pembaharuan permit kerja mereka.

Lima pertuduhan itu dikemukakan mengikut Akta Penggajian Tenaga Kerja Asing, manakala 19 pertuduhan lain turut diambil kira ketika mahkamah menentukan hukuman. 

Menurut MOM, individu yang meminta atau menerima bayaran berkaitan pekerjaan daripada pekerja migran boleh dikenakan denda maksimum S$30,000 (RM95,343), penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. -Agensi

Artikel Lain