suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati-hati syok buat ‘love bite’ di leher pasangan, silap hari bulan boleh terkena serangan strok!

Nampak macam kesan biasa sahaja, rupa-rupanya boleh membawa strok. -Gambar hiasan/Agensi

PERBUATAN meninggalkan kesan gigitan atau love bite pada bahagian leher pasangan sering dianggap sebagai perkara biasa dalam hubungan intim.

Namun siapa sangka, tindakan disifatkan sebagai tanda kemesraan itu sebenarnya mengundang risiko kesihatan yang serius sehingga boleh menyebabkan serangan strok!

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Public Health Malaysia (PHM) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya melakukan sedutan atau gigitan kuat sehingga meninggalkan kesan lebam pada leher.

Menurut PHM, bahagian kiri dan kanan leher manusia mempunyai struktur penting iaitu arteri karotid yang berfungsi sebagai salur darah utama untuk membekalkan darah ke otak.

"Leher bukan sekadar kawasan kulit dan otot, sebaliknya di dalamnya terdapat salur darah, saraf dan struktur penting yang perlu dilindungi.

"Sedutan atau tekanan yang kuat berpotensi mencederakan lapisan dalam arteri berkenaan.

"Akibatnya, darah beku boleh terbentuk dan bergerak ke otak, lalu menyumbat aliran darah sehingga menyebabkan strok iskemia," jelas hantaran itu.

Walaupun komplikasi tersebut jarang berlaku, PHM mendedahkan terdapat beberapa kes sebenar yang pernah direkodkan dalam jurnal perubatan antarabangsa.

Antaranya melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun di New Zealand pada 2010 yang mengalami kelemahan pada bahagian lengan kiri.

Hasil pemeriksaan doktor menemui kesan love bite pada lehernya, selain mendapati terdapat darah beku dalam arteri karotid sehingga menyebabkan salur darahnya menyempit sekitar 65 hingga 70 peratus.

Satu lagi kes dilaporkan pada 2014 melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun yang diserang strok hanya selepas 12 jam menerima gigitan pada bahagian leher.

Sehubungan itu, PHM menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan segera mendapatkan bantuan kecemasan di talian 999 sekiranya pasangan mengalami simptom mencurigakan selepas berlaku kecederaan pada leher.

Antara gejala awal strok perlu diberi perhatian termasuk keadaan muka menjadi senget, kelemahan pada mana-mana anggota badan atau pertuturan menjadi pelat.

Artikel Lain