PELAKON Kareena Kapoor menerima notis undang-undang susulan tindakannya menyarungkan loket bersejarah milik keluarga diraja Bhopal yang terukir ayat suci al-Quran iaitu Ayat Kursi.Menurut laporan NDTV, notis berkenaan dikeluarkan selepas aktivis sosial, Abbas Hafeez dan beberapa anggota masyarakat Islam menyuarakan bantahan terhadap tindakan aktres itu memakai perhiasan tersebut. Loket zamrud seberat 30 karat itu mempunyai nilai sejarah kerana dipercayai berasal daripada koleksi Begum Bhopal sebelum diwariskan kepada Kareena selepas dia berkahwin dengan Saif Ali Khan.Perhiasan tersebut dihiasi ukiran Ayat Kursi, iaitu ayat ke-255 daripada Surah al-Baqarah.Aktivis sosial menyuarakan bantahan terhadap tindakan Kareena memakai loket terukir ayat suci al-Quran.Menerusi penampilan sempena sambutan Deepavali, Kareena memilih kaftan rona beige rekaan pereka fesyen, Punit Balana yang dipadankan dengan serban sedondon serta aksesori kepala berkilauan dikenali sebagai kalgi.Menariknya, aksesori kepala berusia 200 tahun itu pernah dipakai Saif pada hari perkahwinannya.Penggaya fesyen, Rhea Kapoor menerusi Instagram turut berkongsi perincian mengenai busana dan perhiasan yang digayakan Kareena.ARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor dedah tidak pernah berpuasa walaupun suami MuslimARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor jaga makan dan bersenam, mahu bekerja sampai usia 85 tahun"Kareena mengenakan kaftan dan serban perak tulen daripada Punit Balana, selain memakai aksesori kepala berusia 200 tahun milik Nawab Bhopal serta loket zamrud 30 karat milik Begum Bhopal yang terukir Ayat Kursi," tulisnya.Rhea turut menjelaskan perhiasan berkenaan merupakan warisan keluarga diraja Bhopal yang kini menjadi milik Kareena menerusi keluarga suaminya."Nenek Saif, Sajida Sultan merupakan anak perempuan kepada pemerintah terakhir Nawab Bhopal," jelasnya.Kareena turut berkongsi beberapa foto penampilannya itu menerusi Instagram dengan kapsyen yang menyifatkan Deepavali sebagai perayaan yang berkait rapat dengan tradisi.