suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katy Perry anggap Russell Brand lelaki mengongkong, masih simpan rahsia punca cerai

Katy dan Russell (kanan) pernah menjadi pasangan suami isteri selama setahun.

PENYANYI Katy Perry pernah menyifatkan bekas suaminya, pelakon Russell Brand sebagai seorang lelaki yang terlalu mengongkong ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Kenyataan penyanyi lagu Hot N Cold itu kembali menjadi perhatian susulan Russell dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah atas kesalahan merogol dan melakukan serangan seksual.

Menerusi temu bual bersama majalah Vogue pada 2013, Katy mendakwa Russell tidak gemar apabila dia menjadi individu yang membuat keputusan sepanjang mengadakan konsert jelajah.

Russell (kanan) dihukum penjara selama 10 tahun enam bulan atas kesalahan merogol dan serangan seksual.

Katy turut mengakui pada awalnya menyalahkan diri sendiri atas keruntuhan rumah tangga mereka sebelum mengetahui apa yang disifatkannya sebagai 'kebenaran sebenar' di sebalik perpisahan tersebut.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan mendedahkan secara terperinci perkara berkenaan dan memberitahu masih menyimpan rahsia tersebut untuk dikongsikan pada masa yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: Russell Brand berdepan hukuman penjara kesalahan jenayah seksual, keputusan rasmi esok

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pembantu peribadi dakwa Russell Brand sering berkelakuan pelik, tak malu cerita hubungan intim

Untuk rekod, Katy dan Russell mendirikan rumah tangga pada 2010 sebelum berpisah setahun kemudian.

Russell dilaporkan memaklumkan hasrat untuk memfailkan perceraian kepada Katy menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Disember 2011.

Pada Isnin, Russell dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun enam bulan selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan serangan seksual.

Artikel Lain