BEKAS pembantu peribadi kepada pelakon Russell Brand memberi keterangan di mahkamah, mendedahkan aktor berkenaan memiliki nafsu seks yang luar biasa dan sering memberi layanan buruk terhadap wanita.Wanita yang dikenali sebagai Helen Berger itu tampil sebagai saksi dalam kes rogol dan gangguan seksual melibatkan Russell yang kini sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Diraja Southwark, England pada Selasa. Menerusi kenyataan yang dibacakan oleh pihak pendakwaan, Helen menyebut aktor berkenaan sentiasa berkelakuan pelik, namun perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan baginya.“Walaupun saya pernah bekerja dengan selebriti sebelum ini dan melihat ramai orang menganggap tingkah laku buruk sebagai perkara biasa, apa yang berlaku ketika itu jauh lebih melampau.Russell tenang ketika kenyataan saksi dibacakan. “Saya fikir apabila semua orang menganggap perangai Russell sebagai perkara biasa dan memandang remeh tindakannya, saya mula beranggapan mungkin memang begitulah keadaan sebenar,” katanya dalam kenyataan kepada polis pada Mei 2024.Helen bekerja untuk Russell dari Jun 2006 hingga Februari 2007, ketika pelakon itu berada di kemuncak popularitinya.Wanita itu juga mendedahkan Russell sangat terbuka bercerita tentang keperluan mengadakan hubungan intim dan menyifatkan aktor tersebut sebagai seorang 'burung merak' yang mudah menarik perhatian wanita.“Selain jadual kerjanya yang sibuk, dia mempunyai nafsu seks yang luar biasa dan melakukan hubungan seks dengan orang lain siang dan malam. Dia sangat terbuka mengenai keperluan seksual,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tenang berdepan 5 pertuduhan merogol, bekas suami Katy Perry mengaku tak bersalah ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa segan silu, Russell Brand mengaku ‘tidur’ dengan remaja… Berdepan pertuduhan seksualHelen mendedahkan Russell sentiasa berseluar dalam ketika berada di rumah dan tanpa segan silu mendedahkan tubuh badan ketika kehadiran tetamu.Pada Mei 2025, Russell dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan merogol, tiga pertuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan serangan tidak senonoh membabitkan enam wanita.Segala insiden tersebut dikatakan berlaku sepanjang tempoh 10 tahun bermula 1999.Russell bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terhadapnya.