PEMERGIAN bapa kandung yang meninggal dunia pada Sabtu lalu meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi, Cik B.Dalam kesedihan itu, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, turut meluahkan rasa kesal kerana jarang menghubungi bapanya sepanjang Allahyarham masih hidup. "Ayah tiada, mak tiada, cubalah hubungi mereka. Jangan sampai mereka dah tiada (meninggal dunia) baru nak cari. Itu penyesalan saya.Bapa Cik meninggal dunia pada Sabtu. "Saya menyesal, bila jumpa dia dah tiada," katanya.Bapa Cik B iaitu Allahyarham Mohammad Amin Yasin disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu di Kelantan.Mohammad Amin merupakan bekas suami kepada usahawan Datuk Seri Vida.ARTIKEL BERKAITAN: Hari istimewa bertukar pilu, bapa Cik B meninggal dunia pada ulangtahun kelahiran Vida ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Syafiq Kyle meninggal duniaBercakap lanjut, Cik B memberitahu kali terakhir dia bertemu bapanya ketika usianya masih kecil."Jika ibu bapa masih ada walau hubungan tidak baik, cubalah bercakap. Kita tak tahu apa orang itu rasa, mungkin dia dah berubah.Cik B dan adiknya menziarahi pusara bapa mereka. "Sebelum ini tak jumpa, terakhir jumpa waktu kecil. Dia ada di sini, dia tetap ayah saya. Penyesalan itu tiada penghujung," luahnya.Sebelum itu, Cik B dilihat menziarahi pusara Allahyarham bersama ibu dan adiknya, Kacak.