suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan murid jadi ‘khadam’ cikgu makin berleluasa, suruh ambil pesanan ‘online’ di pondok pengawal - “Dia bagi upah 50 sen”

Kebanyakan murid tidak keberatan untuk menolong guru jika memerlukan bantuan. -Gambar hiasan AI

GURU sewajarnya menjadi contoh teladan yang baik kepada anak murid, bukan sahaja menerusi pengajaran di dalam kelas, malah melalui tingkah laku dan tindakan seharian.

Bagi sesetengah pihak, mungkin tidak salah jika pelajar membantu guru dalam apa jua urusan di sekolah.

Namun bagi seorang wanita ini, pertolongan bersifat peribadi tidak seharusnya dinormalisasikan.

Terpanggil untuk membuat teguran, wanita berkenaan berpendapat tindakan segelintir guru meminta bantuan murid mengambil barangan milik peribadi tidak sepatutnya berlaku di sekolah.

"Cikgu sekolah anak saya, dia pesan makanan guna servis penghantaran. Tapi dia suruh anak saya ambil dekat pondok pengawal.

"Segala jenis barang pembelian dalam talian mereka sampai dekat pondok pengawal, lepas tu suruh budak-budak ambil bawa masuk ke bilik guru," kongsinya di Threads.

Guru sewajarnya menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita berkenaan, dia bukan mahu menuduh namun perkara tersebut diceritakan sendiri oleh pengawal keselamatan di sekolah anaknya.

"Pondok pengawal dah macam gudang!" ceritanya lagi.

Bagaimanapun, wanita itu mengakui berasa serba salah untuk menegur atau mengemukakan aduan secara terbuka kerana bimbang tindakan tersebut akan memberi kesan kepada anaknya di sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahan murid tak siap kerja waktu rehat, guru ditengking ibu bapa seawal 7 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu terkedu diludah murid, bangkit isu batas kesabaran seorang guru... Jika terus berlembut, bimbang salah hantar mesej kepada pelajar

"Cakap lebih-lebih nanti anak saya jadi sasaran pula. Kemudian diperli dan kena sindir!" luahnya.

Perkongsian berkenaan nyata mengundang perhatian netizen yang tampil dengan reaksi bercampur. 

  • Seorang wanita kecewa apabila mendakwa guru di sekolah anaknya meminta murid mengambil pesanan makanan dan barangan peribadi.
  • Menurutnya, anaknya sendiri pernah disuruh mengambil pesanan makanan di pondok pengawal.
  • Ujarnya, pengawal keselamatan sendiri memaklumkan perkara tersebut.
  • Wanita itu bimbang untuk membuat aduan kerana takut anaknya menjadi sasaran sindiran guru.
  • Netizen tampil dengan reaksi bercampur, dengan ada yang bersetuju dengan tegurannya dan ada yang sebaliknya.

Ada yang bersetuju bahawa murid tidak sepatutnya dibebankan dengan urusan peribadi guru, manakala sebahagian lain berpendapat perkara itu perlu dilihat mengikut situasi dan tidak wajar 'dipukul rata' tanpa mengetahui situasi sebenar.

"Kalau budak kena culik depan pagar tu cikgu nak bertanggungjawab ke? Jadi cikgu pun tak boleh fikir mana yang baik dan buruk.

"Anak saya Darjah 1. Diminta ambil air cikgu pesan daripada penghantar di pondok pengawal. Anak saya perempuan. Memang patut saya risau.

"Hal yang sama jadi dekat anak saya. Makanan sampai suruh ambil dekat pondok pengawal... bagi upah 50 sen," komen netizen.

Artikel Lain