suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nad Zainal pesan wanita muhasabah diri sebelum impi suami ‘green forest’... “Cari di kelab malam, memang tak dapatlah”

Nad mencadangkan supaya individu tersebut perlu menjadi baik terlebih dahulu.

PELAKON Nad Zainal menasihati golongan wanita yang mengimpikan pasangan sempurna supaya terlebih dahulu memperbaiki kelemahan diri sebelum meletakkan kriteria terlalu tinggi terhadap bakal suami dicari.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkata, dia terpanggil menyuarakan pandangan tersebut selepas memerhatikan trend luahan anak muda di media sosial yang tidak mahu mendirikan rumah tangga jika tidak bertemu dengan lelaki mempunyai berkeperibadian baik.

"Perkara ini sebenarnya begini, kadang-kadang kita berdoa setiap hari meminta pasangan, mungkin Allah lambat perkenankan. Jadi bagi saya, kita kena terus berfikiran positif.

Nad berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Saya berkongsi perkara ini sebab saya terlalu banyak membaca luahan dalam aplikasi Threads, ramai macam tidak mahu kahwin kononnya sebab tiada lelaki green forest dan baik.

"Lelaki begitu sebenarnya wujud, tetapi kalian semua pun kena muhasabah diri. Kalian pun perlu sama-sama 'green' dengan lelaki yang anda harapkan itu.

"Kalau kalian sendiri pun acah-acah dan tak cukup 'green' lagi, tak bolehlah nak harapkan lelaki baik datang. Jadi kita sama-sama kena berubah," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ungku Ismail pernah tangisi Nad Zainal di ICU... “Dia susah nak tunjuk emosi“

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya amat terharu“ - Filem kurang sambutan, Nad Zainal pilu tercalon FFM35

Dalam masa sama, Nad mengingatkan golongan wanita agar tidak mudah terpedaya dengan sikap manis pasangan sewaktu mereka melalui fasa bercinta.

Jelas Nad, realiti hidup semasa berumah tangga memerlukan komitmen yang jauh berbeza daripada sebelumnya. 

"Carilah pasangan yang tepat sebab alam percintaan dengan perkahwinan itu sangat berbeza. Mungkin waktu bercinta nampak dia seperti 'green flag', tetapi selepas berkahwin sebaliknya pula berlaku.

"Jadi kena cari lelaki yang betul-betul ada ciri sebagai suami. Saya rasa kena tengok lelaki yang memang pentingkan keluarga dan perlu tahu juga di mana tempat mahu mencari calon pasangan itu.

Hantaran Nad sebelum ini mengenai Ungku Ismail menerima pujian ramai. 

"Kalau cari di kelab malam, memang tak dapatlah 'green forest'," ujarnya. 

Sebelum ini, Nad pernah berkongsi sebuah video memperlihatkan suaminya Ungku Ismail Aziz mengalirkan air mata mendoakan kesembuhannya ketika dia sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur  akibat komplikasi paru-paru berdarah pada hujung tahun 2022.

Nad mengakui terharu kerana Ungku Ismail yang dikenalinya sebelum ini adalah seorang yang sukar menzahirkan perasaan.

Artikel Lain