Kekerapan mengambil MC boleh menyebabkan rakan sekerja lain terbeban dengan tugasan tambahan. -Gambar hiasan AI
DUNIA pekerjaan memerlukan kerjasama yang baik, namun keadaan boleh menjadi sukar apabila rakan sekerja kerap mengambil cuti sakit (MC) sehingga membebankan orang lain.Seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila mendakwa rakan sekerjanya kerap mengambil MC sehingga menjejaskan kelancaran kerja satu pasukan. Menurut wanita itu, rakan sekerjanya ini memaklumkan dia mengalami masalah kesihatan mental akibat pengalaman bersama bekas ketua yang didakwa menjadi punca tekanan."Saya rasa sangat menjengkelkan dengan rakan sekerja yang selalu MC. Dia beritahu saya yang dia didiagnosis dengan masalah mental sebab bos sebelum ini.Individu yang mengalami masalah kesihatan mental disarankan mendapatkan rawatan atau bantuan daripada pakar kesihatan mental. -Gambar hiasan AI"Dia selalu cuti sakit sebab tak nak nampak bos dekat ofis. Okey baiklah kalau macam tu tapi sekarang bos itu dah letak jawatan pun."Kalau dia kena buat kerja, boleh pula tolak-tolak dengan alasan 'trigger' (jadi punca) stres. Sekarang saya perasan, setiap bulan ada je sakitnya dan selalu MC," luahnya di Threads.Keadaan itu dikatakan memberi kesan kepada seluruh pasukan kerana mereka terpaksa menguruskan laporan sepatutnya disiapkan bersama, selain berdepan kekangan tenaga kerja akibat ketiadaan rakan sekerja terbabit.Wanita itu mengakui pada awalnya dia bersimpati dengan keadaan dialami rakan sekerjanya, namun lama-kelamaan mula berasa kecewa apabila merasakan situasi itu membebankan orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Sampai rebah diserang strok baru nak percaya! Rakan sekerja asyik pertikai cuti sakit orang akhirnya menyesal tak sudahARTIKEL BERKAITAN: Kerap MC walau tak sakit, rakan sekerja kena 'cover' kerja... Ini patut anda buat kalau betul-betul nak cuti"Pasukan kami terkesan juga la sebab kena sekat cuti sendiri sebab takut tak cukup pekerja untuk buat semua report."Saya faham dia sakit dan pada mulanya saya pun rasa kesian juga dekat dia. Tapi entah la lama-lama macam rasa dia ni pentingkan diri sendiri pula."Maksud saya, kalau rasa syarikat jadi punca masalah kesihatan mental, kenapa tak berhenti saja untuk kebaikan sendiri," katanya lagi.Luahan itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberikan pandangan mengenai cara menangani masalah berkenaan di tempat kerja.Rakan sekerja didakwa kerap MC setiap bulan.Beban kerja terpaksa ditanggung ahli pasukan lain.Alasan masalah kesihatan mental cetus rasa kecewa.Wanita mengaku mula hilang simpati terhadap rakan sekerja.Netizen nasihat bawa masalah kepada pihak pengurusan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Awak perlu menyampaikan perkara ini dengan jelas kepada pengurus. Biarlah pihak pengurusan menguruskan hal rakan sekerja anda. Jangan sampai anda sendiri tertekan."Nanti masalah itu tidak selesai. Kerja melibatkan laporan tu boleh dibuat dari rumah, bukan? Jika dia tidak boleh datang ke pejabat, dia masih boleh menyiapkan kerja dari rumah."Saya mempunyai ahli pasukan yang mengalami masalah kesihatan mental dan saya tidak mempunyai masalah jika dia tidak dapat datang ke pejabat."Masalah tidak akan selesai jika anda hanya meluahkan perasaan, sedangkan anda dan pasukan yang menanggung kesannya. Sampaikan masalah itu kepada pihak pengurusan dan berikan cadangan," tulis netizen berkenaan.