suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu teksi dituduh serang penumpang mabuk secara seksual, tinggalkan pil cegah kehamilan dalam peti surat rumah mangsa

Mencabul atau melakukan serangan seksual adalah satu kesalahan jenayah boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

WANITA berusia 20-an dipercayai menjadi mangsa serangan seksual oleh pemandu teksi yang membawanya pulang ketika berada dalam keadaan mabuk teruk.

Menurut laporan NTV, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 7 Oktober lalu di apartmen mangsa di daerah Nakano, Tokyo, Jepun.

Suspek, Masatoshi Tomo, 44, dipercayai membantu mangsa masuk ke apartmennya selepas mengambil wanita itu sebagai penumpang sebelum didakwa melakukan serangan seksual terhadapnya selama kira-kira 20 minit.

Dua hari selepas kejadian, mangsa menemui pil kontraseptif (pil perancang cegah kehamilan) bersama sekeping nota di dalam peti surat kediamannya.

Nota itu mengandungi pesanan supaya mangsa menghubungi nombor telefon yang disertakan sekiranya mahu bertemu suspek lagi.

Dalam satu laporan polis dibuat mangsa, dia memaklumkan dirinya tertidur ketika berada di dalam teksi dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku.

Susulan itu, polis berjaya mengesan Masatoshi menerusi nombor telefon bimbit yang ditulis pada nota berkenaan sebelum menahannya bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, suspek menafikan dakwaan terhadapnya dan mendakwa perbuatan itu dilakukan atas dasar persetujuan bersama dan bukan paksaan. -Agensi

Artikel Lain