suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak puas hati terima layanan buruk, lelaki warga asing tikam pekerja farmasi guna gunting

Menyerang individu lain menggunakan senjata tajam adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG penganggur dipercayai bertindak menikam seorang pekerja wanita di sebuah farmasi menggunakan gunting selepas berang dengan sikap ditunjukkan mangsa.

Lelaki dari Brazil berusia 26 tahun itu disyaki menikam pekerja sambilan berusia lingkungan 60-an berkenaan beberapa kali di bahagian leher dan bahu.

Menurut portal Tokai TV, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam pada Rabu lalu di Inabe, wilayah Mie, Jepun.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan memaklumkan kepada polis, suspek pada awalnya meninggalkan farmasi selepas urusan pembelian selesai.

Bagaimanapun, suspek dipercayai pulang ke rumah untuk mengambil sepasang gunting sebelum kembali ke kedai berkenaan dan menyerang mangsa.

Lelaki itu ditahan pada Khamis lalu selepas polis mengenal pasti suspek menerusi analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar premis. -Agensi

Artikel Lain