suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuba lindungi ibu daripada diugut, bapa ketagih judi tergamak belasah anak hingga maut

Mencederakan anak sendiri sehingga maut adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

DEMI mendapatkan wang untuk berjudi dalam talian, seorang bapa tergamak memukul anak kandungnya hingga maut selepas remaja itu cuba melindungi ibunya daripada diugut.

Kejadian pada Isnin lalu itu membabitkan pelajar sekolah menengah vokasional berusia 15 tahun yang maut di tangan bapa kandungnya sendiri yang berusia 37.

Kes berkenaan didedahkan pada Sabtu ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Resor Kota Bandung, Indonesia.

Ketua Polis Resor Kota Bandung, Tri Suhartanto berkata suspek meminta wang 500,000 rupiah (kira-kira RM112) daripada isterinya yang berusia 33, namun permintaan itu ditolak.

Wang berkenaan sebenarnya merupakan simpanan keluarga untuk membayar yuran kemasukan sekolah mangsa.

Menurut Tri, suspek yang ketagih judi dalam talian kemudian bertengkar dengan isterinya sebelum anak mereka tampil mempertahankan ibunya.

Tindakan itu menyebabkan suspek berang lalu mencekik, memukul, menendang dan membaling mentol lampu ke arah anaknya.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di bahagian belakang kepala dipercayai disebabkan pukulan atau tendangan.

Ibu mangsa kemudian meminta bantuan penduduk sebelum polis menahan suspek pada hari kejadian.

Suspek kini berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun mengikut beberapa peruntukan undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak dan Kanun Keseksaan Indonesia. -Agensi

Artikel Lain