suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nafkah cukup, tanggungjawab terhadap keluarga ‘A’ tapi liat bangun solat Subuh... Isteri takut nak kejut bimbang suami kecil hati

Setiap umat Islam perlu menjaga solat masing-masing demi keberkatan hidup. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan suami isteri pastinya mengharapkan kehidupan rumah tangga harmoni, apatah lagi apabila masing-masing berusaha menjadi pasangan lebih baik demi kebahagiaan bersama.

Namun, seorang wanita dalam dilema untuk mengejutkan suami menunaikan solat kerana bimbang tindakan itu akan menggores perasaan lelaki tersebut.

Dalam luahan yang dibuat di media sosial, wanita itu mendakwa suaminya sukar bangun menunaikan solat Subuh walaupun sudah tidur awal.

Setiap individu pastinya mahukan yang terbaik untuk pasangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

"Saya buntu... berdosa ke saya tak pernah kejut suami solat Subuh setiap hari? Suami saya seorang yang baik.

"Dari segi nafkah, layanan zahir dan batin malah ilmu agama dia lebih tinggi dari saya yang dulu pernah bersekolah di sekolah agama ini," kongsinya di Threads.

Menurutnya, dia bukan tidak mahu mengejutkan suami, sebaliknya berasa takut untuk berbuat demikian tanpa mengetahui punca sebenar perasaan tersebut.

Dalam masa sama, dia turut berasa bersalah kerana bimbang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sekiranya membiarkan perkara itu berterusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu liat bangun solat, sampai kena jerit-jerit ajak ke surau... Guru terkejut imej bekas pelajar kini berubah!

ARTIKEL BERKAITAN: Bengis dikejut bangun pagi, liat solat Subuh! Isteri sedih suami bukan ‘morning person’, anggap gagal 2 perkara penting dalam hidup

"Saya bukan tak nak kejut dia tapi rasa macam ada sesuatu yang menghalang saya. Saya tak tahu kenapa saya takut nak ganggu dia tidur.

"Saya tak nak dipertanggungjawabkan dekat akhirat kenapa tak tolong dia. Dia macam tak ada niat nak bangun untuk solat.

"Sebab prinsip hidup saya, kalau seseorang itu nak berubah dia akan berusaha perbaiki diri dia. Allah tidak akan ubah sesuatu kaum melainkan diri dia sendiri," jelasnya lagi.

Dia turut memaklumkan pernah mencuba menegur suaminya namun usaha itu tidak memberikan hasil seperti diharapkan.

  • Wanita buntu nak kejut suami solat Subuh selepas 10 tahun berkahwin.
  • Suami baik, nafkah cukup tetapi susah bangun solat Subuh.
  • Takut suami bermasam muka, wanita serba salah kejut solat.
  • Enggan dihantui rasa bersalah, isteri risau tanggungjawab di akhirat.
  • Pernah ajar suami bangun solat, kini wanita itu berdepan dilema.

Menjawab pertanyaan seorang pengguna Threads mengenai waktu tidur suaminya dan penggunaan penggera, wanita itu berkata suaminya tidur awal tetapi masih sukar bangun sendiri.

"Saya tak nak mencetuskan sesuatu yang tak seronok seperti bermasam muka. Saya akan sakit hati sendiri kalau saya terkejut, dia masih bangun sebab ego dia tinggi.

"Tapi dalam masa sama, saya takut sangat merasa diri saya lebih baik daripada dia. Saya pernah ajar untuk kejut dia dari mula kahwin. 

"Sekarang dah 10 tahun kami berumah tangga. Jadi bila nak buat macam tu, ada benda menghalang," ujarnya menutupi kisah.

Artikel Lain