SETIAP peniaga mempunyai cara tersendiri untuk mempromosikan produk jualan mereka namun menggunakan kata-kata yang boleh menggores hati orang lain bukan salah satu caranya.Itu pengalaman dikongsikan seorang pengguna media sosial apabila dia dan rakannya didatangi seorang wanita yang menjual buah-buahan selepas mereka selesai menjamu selera. Menurut wanita itu, mereka menolak membeli jualan peniaga tersebut kerana masih kenyang malah sempat bergurau dengannya bagi mengelak rasa janggal.Jaga tutur kata ketika bergurau kerana kata-kata yang dianggap biasa mungkin mampu mengguris hati orang lain. -Gambar hiasan AIBagaimanapun dia tidak menyangka respons peniaga tersebut membuatkan mereka terkejut apabila dia mengeluarkan kata-kata tidak dijangka."Saya dan kawan baru habis makan ketika seorang kakak (peniaga) datang menjual buah dekat meja kami."Kami menolak dengan baik kerana baru lepas selesai menjamu selera. Kawan saya ini sempat la bergurau dengan dia.ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga burger lelaki kena marah panggil pelanggan ‘sayang’, terus kena boikot - “Dia tu suami orang!”ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga nasi bajet RM3.50 kena marah gara-gara jual murah, dituduh tutup rezeki orang - “Awak kena naikkan harga!”"Tapi kakak itu tiba-tiba cakap kau tak handsome pun sebenarnya sehingga kawan saya terus terdiam," cerita wanita tersebut di Threads.Berkongsi pengalaman itu, wanita itu berkata mereka memahami usaha peniaga tersebut mencari rezeki halal dan menghormati pekerjaannya.Namun katanya mencari rezeki bukan alasan untuk merendah-rendahkan penampilan fizikal atau menggores hati orang lain.Wanita jual buah tegur lelaki tak handsome selepas pelawaan membeli ditolak.Niat bergurau bertukar janggal apabila wanita tiba-tiba mengkritik rupa lelaki.Faham orang cari rezeki, tetapi jangan sampai mengguris hati orang lain.Lelaki terdiam selepas wanita jual buah berkata dia tidak kacak.Rezeki halal penting, namun adab dan tutur kata perlu dijaga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kak, kami faham kakak mencari rezeki halal dan kami hormati usaha itu tetapi bukan alasan untuk merendahkan rupa atau mengguris hati orang lain."Kita boleh menegur dan bergurau tapi jagalah adab dan kata-kata. Kita tak tahu apa orang lain rasa. Rezeki itu penting tapi akhlak juga mencerminkan diri kita," tulisnya.Pada masa sama, dia turut menyampaikan permohonan maaf kepada wanita berkenaan sekiranya gurauan rakannya sebelum itu menyinggung perasaan.