suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Upah mengaji tak pernah putus, tapi hasil tiada! Ibu kecewa anak 3 tahun belum pandai baca Alif Ba Ta

Kanak-kanak seawal usia tiga tahun tidak sepatutnya dibebankan dengan teknik hafalan. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pastinya mengimpikan untuk melihat perkembangan positif anak-anak apabila dihantar ke kelas tambahan, lebih-lebih lagi melibatkan ilmu keagamaan.

Namun, perasaan hampa dan terkilan sukar dibendung apabila anak yang dihantar ke kelas tertentu masih belum menunjukkan sebarang kemajuan, sedangkan yuran bulanan sentiasa dilunaskan tanpa culas.

Situasi berkenaan dialami seorang wanita apabila anaknya yang dihantar ke kelas mengaji selama 11 bulan didakwa masih gagal mengenal huruf hijaiyah.

"Aku daftar anak usia tiga tahun masuk kelas mengaji, bayar setiap bulan, dari Januari hingga sekarang nak masuk 11 bulan dah. Tapi anak masih tak boleh baca Alif Ba Ta dengan betul," luahnnya di Thread.

Guru bertindak memberi tunjuk ajar kepada setiap muridnya. -Gambar hiasan AI

Guru bertindak memberi tunjuk ajar kepada setiap muridnya. -Gambar hiasan AI

Seolah-olah tidak berpuas hati dengan sesi pengajaran kelas tersebut, dia turut menegaskan bahawa kebolehan anaknya membaca doa makan dan berselawat adalah hasil didikannya sendiri di rumah.

Rasa kecewa yang dialami itu turut mendorong wanita tersebut membandingkan pendekatan pendidik zaman sekarang dengan keikhlasan guru mengaji pada era terdahulu.

Pada pandangannya, guru mengaji paza zaman dahulu lebih mengutamakan perkembangan pelajar berbanding soal bayaran berikutan tiada angka khusus yang ditetapkan.

  • Ibu kecewa anak tiga tahun masih belum boleh membaca alif, ba, ta dengan betul selepas hampir 11 bulan mengaji.
  • Mendakwa yuran dibayar setiap bulan tetapi perkembangan anak tidak seperti diharapkan.
  • Kebolehan anak membaca doa makan dan berselawat dikatakan hasil didikannya di rumah.
  • Membandingkan guru dahulu yang dianggap lebih mengutamakan pelajar berbanding bayaran.
  • Netizen menegur harapannya terlalu tinggi kerana anak baru berusia tiga tahun.

"Jujur cakap, zaman sekarang dah tak macam dulu. Guru mengaji dahulu utamakan pelajar dan bayar ikut suka hati.

"Tapi sekarang? Bayaran tak pernah terlepas, tapi perkembangan, hasil? Tiada," luahnya kecewa.

Perkongsiannya itu mengundang reaksi negatif warga maya yang rata-ratanya beranggapan dia terlampau mengejar potensi meskipun mengetahui anaknya baru berusia tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seronok dapat pusat jagaan free!” – Ibu bapa pukul 10 malam baru nampak muka ambil anak mengaji, tergamak bayar pakcik RM10 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah tak solat, mengaji al-Quran pun kena lapor! Siswi kecewa sikap penghuni kolej sesama Muslim

"Tiga tahun dah hantar mengaji? Nak kejar apa cepat sangat tu? Tiga tahun ni banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat.

"Anak boleh hafal doa, selawat sebab biasa dengar dan ini tidak memerlukan kemahiran mengecam huruf.

"Saya hantar anak tiga tahun tapi bukan untuk terus kenal huruf. Saya hantar untuk biasakan dengan suasana mengaji dan ustazah pun mengajar lima minit je," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain