suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri curiga suami sedondon dengan janda di tempat kerja, makin kuat tak sedap hati lepas mimpi pasangan curang

Seorang isteri mempunyai naluri tersendiri apabila melibatkan perubahan sikap suami. -Gambar hiasan AI

PERASAAN cemburu adalah lumrah dalam diri setiap pasangan terutama bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Ia bukan sahaja tanda sayang tetapi juga cara seseorang untuk berwaspada terhadap tindak-tanduk pasangan terutama apabila mereka tiada di sisi.

Seorang wanita kini berperang dengan perasaan sendiri apabila mendapati suaminya memakai pakaian sedondon dengan seorang rakan sekerja wanita yang juga seorang janda.

Apa membuatkan perasaan cemburu membuak, lelaki tersebut memberikan penjelasan tidak masuk akal apabila disoal mengenai perkara tersebut yang menambah curiga.

Kehadiran orang ketiga sering dikaitkan sebagai punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Patut ke aku sebagai seorang isteri rasa cemburu dan terasa hati suami aku sedondon dengan kawan perempuan tempat kerja dia?

"Tapi jarak umur diorang jauh jugalah. Suami aku baru 21 tahun dan perempuan tu 38 tahun, seorang janda tapi boleh tahan lawa," luahnya.

Menurut wanita itu, suaminya mengenakan seluar warna sedondon dengan rakan sekerjanya yang dikatakan diberikan oleh majikan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga musnah gara-gara TikTok... Wanita tangkap suami curang dengan hos PK, siap keluar dating!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak senang duduk, syak suami curang sebab tiba-tiba ‘clean shave’... Beri jawapan 'selamat' bila ditanya

Tambahnya, perasaan curiga itu bertambah kuat apabila dia pernah bermimpi suaminya berlaku curang dengan wanita berkenaan.

"Pernah mimpi dia curang dengan perempuan tu. Lepas tu cerita dekat dia. Dia kata tak ada selera dekat janda.

"Lepas tu dia tak bagi kita fikir bukan-bukan sebab dia pergi kerja cari rezeki," katanya lagi dalam hantaran di Threads.

  • Seorang wanita meluahkan rasa cemburu apabila suaminya sedondon pakaian dengan rakan sekerja perempuan berstatus janda.
  • Suaminya yang berusia 21 tahun mendakwa seluar sedondon itu diberikan oleh majikan mereka.
  • Wanita itu semakin curiga selepas bermimpi suaminya curang dengan rakan sekerja berusia 38 tahun itu.
  • Suaminya meminta dia tidak berfikir bukan-bukan kerana keluar bekerja untuk mencari rezeki.
  • Warga maya memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang menasihatinya supaya lebih berhati-hati.

Di ruangan komen, perkongsian wanita tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.

Namun ada yang menyarankan dia supaya lebih berhati-hati kerana dikhuatiri perasaan curiga itu sememangnya berasas. 

"Ada yang tak kena... tolong cantas sebelum mereka naik atas katil.

"Lebih kurang cerita awak dengan saya. Boleh matchy username TikTok, janji temu braces hari sama, klinik sama. Posting video pun lebih kurang sama. Tak ke gila aku masa tahu," komen netizen. 

Artikel Lain