suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak tunduk kepala setiap kali kawan suap mi goreng, wanita sebak teringat zaman susah terus belanja makan... Rasa puas dapat ‘tebus’ pengalaman silam

Sikap empati mendorong wanita ini membelikan makanan buat kanak-kanak terbabit. -Gambar hiasan AI

KESUSAHAN yang pernah dilalui membuatkan seseorang lebih mudah tersentuh apabila melihat orang lain berada dalam situasi hampir sama. 

Ada kalanya, kepahitan yang tidak disedari orang lain cukup untuk mengembalikan kenangan pahit ketika hidup serba kekurangan.

Itu yang dirasai wanita ini apabila melihat seorang kanak-kanak hanya duduk menemani rakannya makan di sebuah gerai tanpa memesan sebarang makanan atau minuman.

Menurutnya, kanak-kanak dalam lingkungan 10 tahun itu hanya mampu menundukkan wajah setiap kali rakannya menyuap mi goreng ke mulutnya.

Ramai yang gemar meluangkan masa menikmati hidangan di kedai makan. -Gambar hiasan AI

Ramai yang gemar meluangkan masa menikmati hidangan di kedai makan. -Gambar hiasan AI

"Aku curi-curi pandang dia. Setiap kali kawan dia suap makanan dalam mulut, mesti dia tunduk pandang bawah.

"Setiap kali dia tunduk, aku pula rasa nak menangis. Aku macam nampak diri aku waktu umur 13 tahun dulu... Duit belanja hanya RM1.50 sen saja," kongsinya menerusi Threads.

Mengimbau pengalaman sendiri, dia pernah berada dalam situasi hampir sama dengan kanak-kanak berkenaan ketika menemani rakannya makan di sebuah restoran.

Walaupun lapar, dia terpaksa menahan diri dan hanya memandang ke arah lain setiap kali rakannya menyuap makanan kerana sudah dididik supaya tidak meminta-minta.

  • Seorang wanita tersentuh melihat kanak-kanak berusia sekitar sembilan hingga 10 tahun hanya menemani rakannya makan di kedai tomyam tanpa memesan makanan atau minuman.
  • Kanak-kanak itu menundukkan wajah setiap kali rakannya menyuap makanan, mengingatkan wanita tersebut kepada zaman susah ketika berusia 13 tahun dengan duit belanja RM1.50.
  • Wanita itu pernah menahan keinginan ketika menemani rakannya makan kerana dididik supaya tidak meminta-minta.
  • Selepas mendapat izin suami, dia menawarkan makanan kepada kanak-kanak tersebut yang hanya meminta mi segera goreng dan menolak tawaran minuman.
  • Peluang membelanja kanak-kanak itu memberi kepuasan kepada wanita berkenaan, manakala netizen menghargai tindakannya serta berkongsi pengalaman serupa.

Tidak sampai hati melihatnya sekadar menjadi peneman, wanita itu meminta izin suaminya untuk menghampiri meja kanak-kanak berkenaan dan menawarkan untuk membeli makanan untuknya.

"Aku tanya, adik, awak tak makan ke, awak nak makan apa? Dia terkejut dan tanya, boleh ke kak? Aku pun jawab yang dia boleh makan apa sahaja dan terus tanya menu apa," ceritanya lagi.

Susulan tawaran yang diberikan, kanak-kanak itu kemudian meminta mi goreng seperti rakannya.

Namun, apabila ditanya mengenai minuman, kanak-kanak tersebut menjawab dia tidak memerlukannya sekali gus membuatkan wanita ini tersentuh hati dengan kesopanan yang ditonjolkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jumpa bekas ibu tiri kini hidup melarat, kesian tapi tak boleh lupa cacian terhadap arwah mak - “Dulu dia ambil semua hak kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat miliki iPhone 17 Pro tinggal kenangan, remaja dapat ‘tazkirah’ daripada ibu saudara... Diminta buka mata lihat kesusahan mak ayah!

Baginya, peluang membelanja kanak-kanak tersebut membawa kepuasan tersendiri kerana mengingatkan kepada kesusahan yang pernah dialami suatu ketika dahulu.

"Aku rasa puas, aku tebus diri aku yang dulu. Aku yang berumur 13 tahun dulu, terkulat-kulat tunggu kawan habis makan," luahnya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang menzahirkan penghargaan atas kebaikan yang ditunjukkan.

"Semoga awak dilimpahkan dengan rezeki, budak itu pun mesti gembira jumpa awak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain