suria

Wanita jumpa bekas ibu tiri kini hidup melarat, kesian tapi tak boleh lupa cacian terhadap arwah mak - “Dulu dia ambil semua hak kami”

Perasaan kasihan akan wujud apabila melihat individu tua berjalan kaki sendirian. -Gambar hiasan AI

BENARLAH kata orang, dunia ini ibarat roda dan setiap perbuatan yang buruk pasti akan ada balasannya.

Seperti kisah seorang wanita ini, trauma yang ditanggung selama bertahun-tahun akibat perbuatan kejam ibu tirinya akhirnya terbayar.

Pun begitu katanya, meskipun berbekas rasa marah namun sebagai manusia biasa wujud perasaan sedih dan pilu apabil melihat keadaan terkini wanita tersebut.

"Rasa kasihan pula nampak bekas mak tiri berjalan kaki lalu dpan rumah aku sambil pegang payung.

Trauma akan menyebabkan seseorang masih dibelenggu masa silam. -Gambar hiasan

Trauma akan menyebabkan seseorang masih dibelenggu masa silam. -Gambar hiasan

"Dia tak ada kenderaan sebab motosikal dia kena tarik," ujarnya sambil menambah bekas ibu tirinya berkaki tempang.

Bercerita di Threads, individu itu berkata, walaupun kasihan namun setiap kali menatap wajahnya dia akan terkenang penderitaan yang dialami arwah ibunya sebelum ini.

Dedahnya, ibunya pernah mengalami tekanan hidup disebabkan cacian dan hinaan wanita tersebut sehingga ibunya meninggal dunia.

"Baru nak kasihan tapi teringat arwah mak yang pernah hidup susah disebabkan dia.

  • Wanita kongsi nasib terkini bekas ibu tiri yang hidup susah.
  • Terserempak berjalan kaki, motosikal didakwa kena tarik.
  • Pernah aniaya keluarga, hina arwah ibu hingga tertekan.
  • Dakwa rampas duit dan tinggalkan ayah ketika susah.
  • Netizen beri reaksi bercampur, ada kata ‘balasan’, ada puji sifat ihsan.

"Arwah mak mengalami tekanan sampai meninggal dunia. Dia (bekas ibu tiri) rampas semua duit dan hak kami anak-anak.

"Dia caci hina arwah mak dan kami semua," tambahnya sambil mengimbau memori pahit yang pernah berlaku puluhan tahun lalu semasa ibunya masih hidup.

Adunya lagi, bapanya juga turut ditinggalkan sendiri selepas jatuh miskin.

"Dia keluar rumah tinggalkan ayah aku terkontang-kanting sebab ayah aku jatuh susah," imbaunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa beri kejutan ketika sambutan ‘birthday’ mak, buat pengakuan nak poligami! Jatuh cinta janda TikTok mengaku pegawai bank

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 'sedap' nikah janda muda... Suruh anak-anak sara bini baharu dan 'berderet' adik tiri - "Kadang-kadang RM3,000 pun tak cukup"

Netizen pula menyifatkan apa menimpa wanita tersebut sebagai 'balasan tunai' atas perbuatannya selama ini.

Namun ramai turut memuji kelembutan hatinya kerana masih mempunyai perasaan ihsan terhadap individu yang pernah menzalimi keluarganya.

"Yang lepas itu biarkanlah berlalu. Eloknya lakukan terbaik untuk bekas ibu tirit sebab semua itu diberi ganjaran pahala di sisi Allah.

"Rasa kasihan itu bagus, maksudnya awak manusia normal tapi cukuplah setakat itu sahaja," antara reaksi warga maya.

Artikel Lain