SEORANG warga emas terjebak dalam hubungan cinta di TikTok selepas berkenalan dengan wanita yang identitinya diragui.
Menurut seorang wanita yang merupakan anak kepada warga emas itu, pada awalnya si bapa membuka akaun TikTok bagi tujuan menjana pendapatan tambahan menerusi affiliate.
Namun, bapanya yang juga seorang pesara mula mengikuti beberapa akaun wanita sebelum berhubung rapat dengan salah seorang daripada mereka.
Pesara golongan mudah terjerat dengan penipuan. -Gambar hiasan AI
"Dia nak jadikan perempuan yang baru dikenali tu sebagai isteri nombor dua. Puncanya follow dan follow back kat TikTok tu je.
"Bertukar nombor sampai ke WhatsApp, siap call. Baru kenal sebulan ni, kemudian bapa aku pergi confess dekat mak aku masa sambutan birthday.
"Tak ke gila bapa aku tu, masa birthday isteri sendiri confess beritahu yang dia tengah berkenalan dengan perempuan lain," luah wanita tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita simpan dendam dengan bapa, kecewa jadi mangsa nafsu poligami! Hanya tahu ‘buat’ anak, abai nafkah keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suami tak dapat lampu hijau poligami sebab miskin! Kalau kaya, tak culas nafkah isteri mungkin pertimbangkan
Tambah pengadu, walaupun ibunya berfikiran terbuka tentang poligami tetapi emosinya sedikit terganggu akibat pengakuan tersebut.
"Mak aku izinkan je bapa nak kahwin lain tapi hakikatnya berendam dengan air mata juga tu.
"Kami adik-beradik memang bangkang tapi tu la orang tua tengah angau bercinta, kentut yang busuk pun kata wangi," ujarnya.
- Pesara terjebak cinta dengan wanita tidak di TikTok hingga merancang mahu beristeri dua.
- Keluarga terkejut apabila wanita itu scammer yang menggunakan gambar influencer Indonesia.
- Pesara itu tetap mempertahankan hubungan walaupun bukti penipuan sudah dikemukakan.
- Isterinya yang terbuka soal poligami tetap terluka selepas suami membuat pengakuan pada hari lahirnya.
- Keluarga kini hanya menunggu keputusan sang ayah yang masih ‘angau’ dan percaya wanita itu ikhlas.
Ringkasan ini dijana oleh AI
Jelas wanita itu lagi, dia cuba menyiasat tentang hubungan bapanya menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp.
"Rupanya perempuan tu menyamar dan pakai gambar influencer Indonesia. Modus operandi dia love scam la kot.
"Dia mengaku janda anak satu, kerja sebagai pegawai bank. Dah bersayang-sayang kemudian minta duit dan suruh transfer," katanya.
Menurutnya lagi, walaupun bukti penipuan sudah ditunjukkan, bapanya masih tidak percaya dan terus terperangkap dengan cinta TikTok.
Hubungan kekeluargaan boleh menjadi renggang dengan sikap pentingkan diri. -Gambar hiasan AI
"Dia tak percaya, apa yang bapa aku fikir pun tak tahu. Siap cakap dekat mak sabar la, ni ujian untuk kita.
"Mak bagi bapa masa sampai awal tahun depan. Kalau dia masih nak teruskan silakan. Kami adik-beradik lain malas nak masuk campur, paling tak pun kena maki dia cakap kami anak derhaka melawan dia," katanya.
Jelasnya, mereka kini hanya mampu melihat sejauh mana hubungan bapanya dengan wanita penipu berkenaan.
"Aku tengok mesej perempuan fake ni cakap dia sanggup bermadu dengan mak aku. Apabila aku tunjuk dekat adik-beradik lain mereka gelak je.
"Pernah tanya mak, bapa masih sayangkan dia tak. Emak kata dia sayang dan tak nak ceraikan mak aku, dia nak dua-dua.
"Korang doakan la bapa aku ni sedar apa yang dia buat tu waras ke tidak. Doakan juga mak diberi hati yang cekal sebab hari-hari bapak aku puji skandal dia tu," katanya.


