SEORANG wanita berkongsi kisah duka membabitkan hubungan keruh dengan bapanya yang merupakan seorang bekas banduan.
Menerusi perkongsian di Thread, pengadu berkata dia begitu terkilan kerana bapanya yang baru sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 30 tahun mereka-reka cerita dengan memburukkan anak-anak demi meraih simpati orang sekeliling.
Paling menyakitkan hati, bapanya yang malas bekerja, boros dan kaki perempuan itu mendakwa dia dibuang anak-anak hanya kerana kisah silamnya.
"Haritu ada orang ambil ayah bekerja tapi dia larikan diri lepas pinjam duit dekat semua pekerja termasuk majikan. Duit tu dia habiskan dekat perempuan. Aku tak buang dia cuma jauhkan diri.

Menanggung beban seorang bapa yang bermasalah bukan satu hal yang mudah. -Gambar hiasan AI
"Mental aku tak kuat nak tambah beban hidup. Aku dah cukup dengan apa yang ada sekarang. Selama 30 tahun dekat dalam (penjara) tak mengubah ayah ya. Tak apa la digelar perempuan tak ada father figure pun.
"Daripada ada, menyakitkan hati. Dulu dia buat aku dengan arwah abang macam mesin ATM masa dekat penjara," jelasnya di Threads.
Dalam beberapa tangkap layar WhatsApp yang dikongsikan, difahamkan bapa kepada pengadu dibebaskan dari penjara pada 7 Ogos lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Terjebak kancah jenayah kerana nafsu duit segera, anggota keselamatan kongsi saat terima hidayah di sebalik tirai besi
ARTIKEL BERKAITAN: Tegur pasangan bercinta bising, bercium masa tonton wayang... Wanita dakwa diugut pukul lepas keluar pawagam
Menurut wanita itu lagi, sikap dan perangai buruk bapanya turut tidak disukai saudara-mara mereka.
"Adik-beradik ayah pun palau (tak pedulikan) dia dah. Sakit dada aku. Tengah cuba fokus sebab aku tak mahu depresi melampau... anak perlukan aku.
"Aku ni bukan tak teringin kasih sayang ayah. Tengok orang lain ada ayah yang ambil berat, penyayang. Tapi aku dapat ayah macam ni.
"Ada sececah harapan dia akan cari aku, tanya khabar aku tapi tak ada ya," jelasnya.
Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi netizen yang memahami tindakan dibuat pengadu menjauhkan diri daripada bapanya.
- Wanita kesal bapanya canang cerita dia ‘membuang’ ayah demi simpati selepas keluar penjara.
- Dia menjauh kerana bapanya pernah tipu, larikan diri dari kerja dan habiskan duit pada wanita lain.
- Ketika dalam penjara, dia dan arwah abang dijadikan ‘mesin ATM’ untuk bisnes tembakau haram.
- Keluarga sendiri sudah meminggirkan lelaki itu, sementara wanita berkenaan berjuang jaga kesihatan mental.
- Netizen menyokong tindakannya dan mendoakan bapanya berubah suatu hari nanti.
Tidak kurang juga ada individu yang turut menceritakan semula pengalaman sendiri.
"Pedih kak. Orang akan kata... busuk-busuk pun bapa sendiri. Tapi yang kata tu tak rasa keperitannya.
"Awak dah ambil tindakan betul dengan jauhkan diri daripada ayah. Bukan tak sayang dia tapi saya percaya dia tak pernah hargai dan buat awak macam mesin ATM. Banyak berdoa semoga Allah kurniakan hidayah kepada ayah.
"Bapa tetap bapa. Yang buruk tu perangainya bukan tubuhnya. Saya ada pengalaman berjumpa macam-macam orang. Saya tak pernah sisih. Mungkin ada berkatnya," komen beberapa netizen.


