suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nurhaliza belum ‘move on’, dah ada permintaan Gema Bumantara 2.0!

Siti terharu menerima respons baik pelbagai pihak selepas Konsert Tradisional Gema Bumantara.

KEJAYAAN Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung pada 17 Oktober lalu telah menarik minat pelbagai pihak untuk bekerjasama bagi penganjuran kali kedua.

Terharu dan terbuka dengan peluang tersebut, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 47, bagaimanapun memberitahu dia masih belum memikirkan mengenai perancangan itu termasuklah yang mahu ia diadakan di luar Malaysia.

Konsert Tradisional Gema Bumantara mendapat sambutan baik peminat. 

"Memang ada permintaan untuk Konsert Gema Bumantara 2.0, tapi saya perlukan masa untuk membuat perancangan teliti kalau nak buat lebih besar. Mungkin konsep sama, tetapi perlu ada pembaharuan dan nilai-nilai yang ingin diangkat.

"Setakat permintaan untuk dibawa ke luar Malaysia tidaklah banyak berbanding yang mahu mengulanginya di sini. Cuma, kalau di luar negara, kosnya lebih tinggi.

"Saya pun masih belum move on lagi menikmati momen mereka yang datang. Saya masih dalam mood konsert itu lagi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai minta rakam semula lagu Negaraku, ini respons Siti Nurhaliza... Rupanya berlatih sehari sebelum acara MotoGP 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua konsert Siti 2026 pecah rekod Asia, diiktiraf kehadiran penonton terbesar

Penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara juga berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Asia Rekod sebagai Konsert Solo Tradisional Terbesar dengan Kehadiran Paling Ramai oleh Penyanyi Wanita.

Konsert tersebut mencatatkan kehadiran seramai 73,000 penonton, manakala Siti menyanyikan 34 buah lagu dalam tempoh tiga jam 30 minit.

Meluahkan rasa gembira dan terharu, Siti juga tidak pernah melihat penganjuran konsert tersebut serta Konsert Legacy 30 yang berlangsung pada Januari lalu sebagai kayu ukur untuk dijadikan perbandingan dengan mana-mana artis lain.

Siti rancang untuk terbitkan dokumentari dua konsert terdahulu. 

Sebagai kenangan buat peminat, Siti kini sedang merancang untuk menjadikan rakaman kedua-dua konsert sebelum ini sebagai tayangan dokumentari di pawagam.

"Saya buat bukan kerana mahu ditandingi atau nak suruh orang berlawan. Saya buat atas dasar tanggungjawab terhadap irama tradisional.

"Saya bayangkan untuk tayangan di pawagam, tapi banyak perkara perlu difikirkan. Kalau tidak di pawagam, mungkin di Netflix. Untuk Konsert Legacy 30 sudah siap disunting," kongsinya.

 

Artikel Lain