Kata-kata atau gurauan yang kurang sensitif sewajarnya dielakkan kerana ia boleh mengguris perasaan, menyinggung pihak lain dan menimbulkan salah faham. -Gambar hiasan AI
KATA-KATA yang sering dilemparkan kepada orang lain mungkin kedengaran berbeza dan memedihkan apabila terkena pada batang hidung sendiri.Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila gurauan rakan sekerjanya mengundang rasa kurang senang sehingga membuatkan dirinya sentap atau tersinggung. Kisah berkenaan dikongsikan seorang individu yang menceritakan situasi di pejabat selepas lelaki tersebut kembali bekerja setelah bercuti selama tiga hari bersempena kelahiran anak perempuannya."Kawan kerja aku lelaki, dia ambil cuti tiga hari sebab bini bersalin, anak perempuan. Dia ni aktif dekat Threads, selalu nampak komen-komen dia gelar perempuan sana sini sebagai 'kepamist'."Tadi waktu dia masuk kerja, kawan aku tegur... tahniah bro! Dapat 'kepamist'. Tiba-tiba saja muka dia berubah. Terus berlalu pergi," tulisnya dalam hantaran di Threads. Dalam zaman media sosial ketika ini, kita sewajarnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata kerana dibimbangi menyinggung perasaan orang lain. -Gambar hiasan AISituasi itu nyata mengundang perhatiannya dan rakan sekerja lain apabila lelaki berkenaan didakwa tidak dapat menerima gurauan yang sebelum ini sering dilemparkannya kepada golongan wanita.Menurut individu terbabit, dia berasa pelik dengan reaksi rakan sekerjanya itu memandangkan lelaki berkenaan sebelum ini dilihat tidak kekok menggunakan istilah berkenaan ketika meninggalkan komen di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Repost’ menu air tangan isteri di media sosial, lelaki jadi bahan gelak kawan-kawan... Dianggap buat sebab takut biniARTIKEL BERKAITAN: “Macam orang tua laki aku ni” - Suami larang aktif media sosial, tak suka isteri asyik tunjuk kegembiraanSebagai makluman, 'kepamist' adalah istilah atau kata ejekan di media sosial Malaysia merujuk kepada perempuan yang toksik, narsisistik dan berfahaman feminis."Alah, marah ke? Yang kau panggil anak perempuan orang lain 'kepamist' hari-hari tu, kau tak fikir pula," tulisnya lagi. Seorang individu berkongsi kisah rakan lelakinya yang sentap apabila teman sekerja lain mengusik tentang anak perempuannya.Lelaki itu sebelum ini sering menggunakan gelaran 'kepamist' untuk mengejek wanita di Threads.Rakan sekerjanya mengusik lelaki itu dengan gelaran sama selepas dia kembali bekerja.Lelaki itu dikatakan berubah muka sebelum berlalu pergi selepas mendengar gurauan tersebut.Netizen berpendapat seseorang perlu berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai reaksi terhadap kisah berkenaan.Ada yang berpendapat lelaki itu tidak sepatutnya mudah melabel wanita dengan gelaran sedemikian jika dia sendiri tidak boleh menerima gurauan yang sama.Malah, ada juga yang menganggap kejadian itu sebagai pengajaran supaya seseorang berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.