suria

“Macam orang tua laki aku ni” - Suami larang aktif media sosial, tak suka isteri asyik tunjuk kegembiraan

Golongan ibu biasanya gemar berkongsi keletah anak mereka di media sosial. -Gambar hiasan AI

PENGGUNAAN media sosial secara berlebihan bukan sahaja menjejaskan kanak-kanak, malah turut memberi kesan buruk kepada golongan dewasa.

Menurut seorang wanita, dia turut berdepan sekatan daripada suaminya apabila dinasihatkan supaya mengurangkan perkongsian di media sosial.

"Normal ke suami pantau apa yang isteri kongsi di media sosial? Dia tak bagi menunjuk sangat. Dia juga tak nak aku bercerita tentang orang.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Kita tidak sepatutnya berkongsi hal privasi di media sosial. -Gambar hiasan

"Dia tak bagi mengumpat, padahal memang aku tak minat pun benda macam tu. Cuma kadang nak update gambar keluarga dan detik gembira kami.

"Itu pun dia tak bagi. Dia takut betul dengan (penyakit) ain. Kadang rasa macam orang tua je laki aku ni. Padahal dia lagi muda daripada aku," tulisnya.

Tambah wanita itu lagi, dia juga sudah memadam beberapa hantaran media sosial bagi menghormati kehendak suaminya.

  • Seorang wanita berkata dia berdepan sekatan penggunaan media sosial.
  • Dia diminta oleh suaminya agar mengurangkan perkongsian tentang keluarga.
  • Wanita itu akur, namun menganggap pemikiran suaminya seperti orang tua.
  • Ramai netizen memuji cara lelaki itu mendidik isterinya.

"Mak ayah suka tengok keletah cucu. Sebab tu saya post. Kalau tak, mak ayah akan tanya. Tapi sekarang anak-anak pun dah makin besar, jadi saya pun dah kurang post.

"Saya terima teguran tu secara berlapang dada. Semua yang ditegur tu sangat betul. Tapi kadang perempuan ni otaknya bukan betul pun.

"Alhamdulillah, suami matang berfikir. Terima kasih atas teguran baik dan semoga kita semua berubah ke arah kebaikan," tulisnya lagi dalam hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka kongsi gambar makanan, wanita serabut sering ditegur ahli keluarga - “Penyakit ain celah mana?”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri akhirnya jumpa punca kerap gaduh dengan suami, minta kaum wanita percaya bahaya penyakit ain

Di ruangan komen, ramai pelayar Threads turut memuji cara lelaki itu mendidik isterinya tentang batas-batas penggunaan media sosial.

"Maksudnya suami kamu tu bukan lelaki dayus. Kalau dia tak benarkan, kamu taat je la.

"Teguran tu bukan tandanya dia dah tua. Teguran tu maknanya dia sayang isterinya," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain