LAZIMNYA golongan wanita akan memilih busana yang memberi keselesaan selain mampu meningkatkan keyakinan diri mereka tanpa mengira jenama mahupun rekaan.Dua perkara itu juga membuatkan ramai masih 'setia' dengan stail atau pakaian lama walaupun sudah memakainya untuk tempoh yang lama. Bagaimanapun perkara itu kadang-kala boleh memberi tanggapan buruk sehingga ada memandang serong terhadap pemakaian dan imej seseorang.Hubungan antara rakan sebilik selalunya akrab. -Gambar hiasan AIDi Threads, seorang gadis meluahkan rasa terkejut apabila melihat bekas rakan sebiliknya masih memakai pakaian dalam khusus untuk golongan remaja atau sports bra. Beranggapan perkara tersebut tidak normal, dia kemudiannya cuba mendapatkan pandangan netizen berhubung situasi yang berlaku melibatkan individu tersebut."Normal ke untuk perempuan yang sudah masuk universiti tapi masih pakai baju dalam yang macam sekolah menengah?Wanita persoal bekas rakan sebilik masih pakai pakaian dalam gaya remaja.Dakwa terkejut selepas ternampak pakaian itu disidai.Tertanya sama ada situasi tersebut normal bagi pelajar universiti.Perkongsian undang reaksi negatif netizen.Ramai anggap isu itu hal peribadi dan tak wajar dipersoalkan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya ternampak bekas rakan sebilik sidai pakaian dalam dia tu," ujarnya cuba mendapatkan pandangan.Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi negatif dengan kebanyakan warga maya beranggapan dia sibuk menjaga tepi kain orang lain.Malah tidak kurang juga yang berharap tidak mempunyai rakan sebilik sepertinya kerana tidak peka dengan isu sensitif.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang pakaian dalam disentuh-sentuh, dialih di kedai dobi layan diri... Lambat beberapa minit je pun!ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan seksi waktu pagi, rider 'terseksa' hantar barang... Iman kena kuat - "Yang 'dalam' pun perlu ambil kira juga""Masalah dalam kain kot, malunya sebilik dengan awak ni."Tak ada masalah pun selagi mana bra tu support dia punya payudara dan beri keselesaan."Nak kata normal pun tak tapi saya rasa mungkin sebab dia tak ada pengetahuan, saya pernah berada di situasi macam dia," demikian reaksi netizen.