suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia muncul semula“ - Intan Najuwa diugut bunuh, lelaki misteri minta belikan komputer

Intan sudah tidak tahan diganggu secara berterusan.

PELAKON Datin Intan Najuwa mendedahkan dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki misteri yang dipercayai menggunakan akaun palsu di media sosial.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata individu berkenaan bukan sahaja mengganggunya secara berterusan, malah turut menghubungi rakan-rakannya menerusi mesej peribadi (DM) dan e-mel.

Menurut Intan, individu terbabit kembali mengganggunya selepas beberapa bulan mendiamkan diri.

Intan kongsi ugutan yang diterimanya.

"Hari ini, individu berkenaan muncul semula selepas berbulan-bulan mendiamkan diri.

"Sebelum ini, individu tersebut mengganggu saya hampir setiap hari menerusi DM. Bukan saya sahaja, malah dia turut menghantar mesej dan e-mel kepada semua rakan saya," katanya menerusi hantaran di Instastory.

Dalam hantaran tersebut, Intan turut memuat naik tangkap layar mesej ugutan yang diterimanya oleh pemilik akaun @goose.5177184.

Lebih membimbangkan, individu berkenaan didakwa sanggup menghubungi Kuala Lumpur Polo Club, lokasi yang sering dikunjungi Intan, hampir setiap hari semata-mata untuk mencari dan bercakap dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan layan orang gila di Threads itu” - Intan Najuwa lapor polis

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab sakit, Intan Najuwa guna khidmat jururawat 24 jam bantu jaga anak

"Perbuatan itu menjadi semakin melampau apabila dia menghubungi pejabat Kuala Lumpur Polo Club hampir setiap hari semata-mata untuk mencari saya, mendesak supaya dapat bercakap dengan saya serta mengugut saya dengan pelbagai perkara.

"Dan ya, individu di sebalik akaun palsu ini ialah seorang lelaki," kongsinya.

Intan berkata, gangguan terbaharu itu lebih serius apabila individu terbabit meninggalkan komen berunsur ugutan bunuh terhadap dirinya.

Saya sudah tidak tahan dengan gangguan, ugutan dan pencerobohan privasi.

INTAN NAJWUA 

PELAKON

Dia yang sudah tidak mampu menanggung gangguan berkenaan turut merayu agar lelaki terbabit menghentikan segala perbuatan yang disifatkannya sebagai satu bentuk pencerobohan privasi.

"Hari ini, dia kembali muncul, namun kali ini dengan komen berunsur ugutan untuk membunuh saya.

"Kepada individu di sebalik akaun palsu ini, saya merayu agar hentikan semua perbuatan ini serta-merta. Saya sudah tidak tahan dengan gangguan, ugutan dan pencerobohan privasi yang dilakukan selama ini," ujarnya.

Intan sudah bertahan berbulan-bulan dengan gangguan lelaki tidk dikenali.

Dalam pada itu, Intan turut mengingatkan individu berkenaan bahawa ugutan bunuh dan gangguan berterusan merupakan perkara serius yang boleh mengundang tindakan undang-undang.

"Harap maklum bahawa ugutan bunuh dan gangguan berterusan merupakan perkara serius. Sekiranya saya membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang, anda mungkin berdepan dengan akibat undang-undang yang serius.

"Saya mempunyai hak untuk melindungi keselamatan diri, privasi dan keluarga saya. Perkara ini perlu dihentikan segera," katanya.

Pada Mac lalu, Intan memaklumkan dia telah membuat laporan polis berhubung gangguan berterusan yang diterimanya dan dipercayai dilakukan oleh individu sama.

Artikel Lain