PELAKON Datin Intan Najuwa menjelaskan dia menggunakan khidmat jururawat bagi membantu menjaga dua anaknya secara harian.Menurut Intan, 29, keperluan jururawat bukanlah disebabkan anak-anaknya menghidap sebarang penyakit sehingga perlu rawatan segera. "Ada yang salah faham dan komen kepada pergi mana-mana saya bawa jururawat untuk anak-anak. Mereka ingat anak saya ada sakit kronik. Tidak.Perkongsian Intan di Threads. "Kedua-dua anak saya memang sejak lahir dijaga oleh jururawat, bukan penjaga (babysitters)," katanya dalam satu hantaran di Threads pada Jumaat.Menurutnya, jururawat tersebut menjalankan tugas harian dan bukan sekadar ketika waktu kecemasan.ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa timang cahaya mata kedua, pilih nama Imane Laudya ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Intan Najuwa bersalin normal tak kesampaian, posisi bayi tidak mengizinkan untuk VBAC"Babysitters hanya akan tolong jururawat bila mereka diperlukan. Jadi jururawat akan ada bersama saya 24 jam untuk menjaga anak-anak, bukan ketika sakit sahaja."Bila saya bekerja, rasa tenang sikit kerana tahu anak-anak dijaga dengan baik," ujarnya.Intan dan suami bersama anak sulung mereka. Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Imane Lunara, 2, dan Imane Laudya yang dilahirkan pada Ogos lalu.