suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zul Huzaimy enggan ambil kesempatan, hormati bayaran pelakon lama... “Kalau bajet tak cukup, saya tak panggil kawan-kawan senior”

Zul memahami nilai yang dimiliki pelakon berpengalaman.

PENGARAH dan pelakon Zul Huzaimy enggan mengetepikan pelakon senior daripada karya arahannya semata-mata kerana kekangan bajet. Malah, dia juga tidak akan menawarkan bayaran yang tidak setimpal dengan pengalaman mereka.

Zul atau Zul Huzaimy Marzuki, 48, berkata, dia memahami nilai yang dimiliki pelakon berpengalaman dan tidak sanggup meminta mereka bekerja dengan bayaran terlalu rendah.

Kata Zu, jika sesuatu watak memerlukan pelakon senior, dia lebih rela berbincang dengan penerbit untuk menambah peruntukan berbanding mengambil kesempatan terhadap golongan tersebut.

Zul pernah mengeluarkan wang sendiri untuk membayar pelakon.

“Kalau tahu bajet tidak cukup saya tidak panggil kawan-kawan senior. Jika watak itu memang memerlukan pelakon berusia dan berpengalaman, kita sendiri sudah tahu nilainya.

“Saya tak mahu meletakkan mereka pada harga yang sangat rendah. Kalau ada bajet, saya minta penerbit keluarkan duit lebih sekiranya perlu,” katanya. 

Dalam pada itu, Zul mengakui pernah mengeluarkan wang sendiri demi mendapatkan pelakon yang dirasakan paling sesuai untuk menjayakan naskhah drama arahannya, Kenapa Aku Mencuri?

Drama tersebut menampilkan barisan pelakon berpengalaman termasuk Datuk Eman Manan, Faizal Hussein dan Allahyarham Lan Zailan.

“Saya memang mahu Lan Zailan berlakon sebab watak itu kena dengannya. Penerbit pula kata tak cukup duit, pengurus produksi pun jawab tiada bajet lebih.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Huzaimy tak galak anak perempuan jadi pelakon, sekat tawaran diterima Indah Armani

ARTIKEL BERKAITAN: Caj satu sesi kelas mengaji RM300, Zul Huzaimy tegur guru agama ambil kesempatan

“Kemudian Pak Din (pengurus produksi) beritahu, kalau saya mahu, saya kena tambah duit sendiri. Saya jawab, ‘Okey!’ Saya keluarkan duit sebab saya mahu Abang Lan Zailan,” ujarnya.

Zul turut mengakui pernah dipersoalkan rakan-rakan seperjuangan mengenai sebab dia tidak menawarkan mereka peluang berlakon dalam karya arahannya.

Bagaimanapun, jelasnya, keputusan itu bukan kerana dia enggan bekerjasama, sebaliknya tidak mahu memanggil mereka sekiranya produksi tidak mampu menyediakan bayaran yang bersesuaian.

“Saya pernah dipersoalkan kawan-kawan kenapa tidak panggil mereka berlakon. Saya jawab, saya tidak ada bajet.

“Kalau ada bajet, memang saya akan tawarkan peluang. Saya kalau boleh enggan mereka yang berpengalaman ini bekerja dengan bayaran terlalu rendah.

“Satu hari nanti saya pun akan tua. Jadi, siapa yang mahu bantu seni ini, mungkin boleh fikirkan bagaimana hendak memperjuangkan perkara tersebut,” katanya.

Zul enggan memberikan bayaran tidak setimpal buat pelakon senior.

Dalam perkembangan lain, Zul kini membintangi filem Bisikan Nafsu yang mengangkat kisah benar berkaitan isu penganiayaan dalam masyarakat.

Menurut Zul, watak sebagai bapa tiri merangkap penceramah terkenal berpotensi membuatkan penonton membencinya kerana karakter tersebut menggunakan status yang dimiliki untuk mengaburi sikap buruknya.

"Bisikan Nafsu merupakan kisah benar yang terjadi dalam masyarakat tetapi ada dalam kalangan mangsa penganiayaan mendiamkan diri atas pelbagai faktor.

"Kisah ini bawa pengajaran, jadi saya sahut cabaran Hello Productions," katanya.

Artikel Lain