suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zul Huzaimy tak galak anak perempuan jadi pelakon, sekat tawaran diterima Indah Armani

PELAKON Zul Huzaimy Marzuki mengakui dia sengaja menyekat anak sulungnya iaitu Indah Armani daripada menerima tawaran berlakon kerana mahu memberi fokus terhadap pelajaran.

Menurut Zul, 48, dia tidak mahu kanak-kanak berusia 10 tahun itu terlalu terdedah dengan dunia hiburan pada usia muda.

“Memang saya yang sekat anak saya daripada berlakon buat masa ini walaupun ada banyak tawaran tapi saya tak benarkan dia berlakon sangat. 

“Dia pernah berlakon masa bayi, lepas itu saya tak benarkan lagi kalau ada pun, boleh berlakon masa cuti sekolah sahaja. Itu pun saya lebih selesa kalau saya sendiri yang mengarah sebab saya boleh guide dia,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zul berkata dia kini mahu Indah lebih memberi tumpuan terhadap minatnya menerusi seni lukisan berbanding lakonan.

Selain itu, Zul turut memberitahu dia kini sedang merancang untuk mengambil lesen juruterbang persendirian atau Private Pilot Licence (PPL) dalam tempoh dua tahun akan datang.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi