suria

Alyssa Dezek kongsi rahsia dapat 9A dalam SPM, dekatkan diri dengan kawan-kawan rajin belajar

PENYANYI Alyssa Dezek tidak menyangka menerima keputusan cemerlang apabila memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Selasa.

Kata Alyssa atau nama sebenarnya Aryanna Alyssa Mohamed Hafidz, 18, dia pada awalnya berasa bimbang memikirkan kemungkinan tidak dapat mencapai keputusan yang diharapkan.

“Secara jujur saya memang tak sangka langsung boleh dapat 9A dalam SPM.

“Sampai saya terlebih berfikir dan menangis pada malam sebelum ambil keputusan. Saya risau kalau dapat keputusan teruk dan tak dapat banggakan keluarga.

“Tapi Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan yang saya terima hari ini,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai rahsia kejayaan, Alyssa berkata dia mula memberi fokus serius terhadap pelajaran sejak di tingkatan tiga lagi.

Menurutnya, usaha berterusan termasuk menghadiri kelas tuisyen dan memberi tumpuan penuh ketika berada di dalam kelas banyak membantu meningkatkan prestasi akademiknya.

“Sejak tingkatan tiga saya sudah mula masuk kelas tuisyen dan fokus dalam kelas untuk belajar betul-betul.

“Selain itu, saya juga mendekatkan diri dengan kawan-kawan yang kuat belajar. Secara tak langsung, saya terikut dengan semangat mereka sepanjang perjalanan menghadapi SPM,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi