suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Izzue Islam nafi orang Kelantan berpuak, jawab dakwaan hanya berkawan dengan sama negeri sahaja

PENYANYI dan pelakon Izzue Islam menganggap trend kandungan ‘tangkap orang Kelantan’ yang tular di media sosial sekadar hiburan dan tidak memberi kesan kepada dirinya.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, dia melihat kandungan berkenaan sebagai sesuatu yang lucu dan tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak.

“Saya rasa benda itu cuma content sahaja. Saya seronok tengok orang buat walaupun orang bukan negeri Kelantan pun cuba untuk cakap dialek ni.

"Bagi saya tiada isu pun sebenarnya. Tidak semua orang Kelantan berpuak-puak,” katanya.

Malah dia memandang perkara itu secara positif apabila ramai pengguna media sosial termasuk bukan berasal dari Kelantan turut mencuba bertutur dalam dialek negeri itu.

Menurutnya, situasi itu secara tidak langsung menjadi satu bentuk promosi kepada Kelantan dan budaya masyarakat negeri berkenaan.

“Saya rasa orang okay sahaja dengan Kelantan. Cuma mungkin ada sesetengah individu yang pernah ada pengalaman kurang baik dengan individu dari negeri itu, jadi mereka sapu rata,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Izzue bersama Dehaniff melancarkan lagu raya bersama berjudul Dulu Kini Raya yang kini boleh didengari di semua platform pentsriman.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi