ANAK kepada penyanyi Linda Rafar iaitu Syed Rezaqiib Syed Kamaruzaman Al-Yahya mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Selasa.Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 48, meluahkan rasa syukur dan sebak atas pencapaian anak ketiganya itu. “Sedih dan sebak pada masa sama bangga. Dah janji nak bagi kereta, insya-Allah,” katanya kepada mStar.Linda menjanjikan untuk membelikan kereta buat anaknya. Berkongsi perancangan masa depan, Linda bercadang menghantar Aqiib melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi merealisasikan impian menjadi seorang doktor perubatan.“Dia nak jadi doktor. Saya pun ada rancang nak hantar dia sambung belajar di luar negara,” ujarnya.Dalam pada itu, Linda turut berkongsi perubahan positif yang ditunjukkan anaknya menjelang peperiksaan.Menurutnya, Aqiib mula memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran dan aspek kerohanian dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum SPM.ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara ditipu setengah juta, Linda Rafar alami kemurungan... "Nafas saya seolah-olah berhenti bila tidur"ARTIKEL BERKAITAN: Niat bantu anak tahfiz terbantut, Linda Rafar dedah alami kerugian hampir RM1 juta… Dianiaya sekumpulan individu berpangkat DatukDia juga beranggapan pengalaman menunaikan umrah sebelum SPM juga antara asbab kerjayaan anaknya itu.“Pada awalnya dia belajar macam biasa, tapi tiga bulan terakhir dia hentikan semua aktiviti yang tak bermanfaat. Fokus pada solat, mengaji dan kelas tuisyen.“Lebih menyentuh hati sebelum SPM dia dapat buat umrah dan solat di makam Rasulullah hampir tiga jam tanpa dihalau,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube