NIAT penyanyi Linda Rafar untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan pusat tahfiz terbantut apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan melibatkan sekumpulan individu ternama sehingga mengalami kerugian hampir RM1 juta.Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 47, turut memberi amaran kepada pihak terlibat agar segera memulangkan semula wang berkenaan sebelum dia bertindak mendedahkan identiti mereka kepada umum. Menurut Linda, dia sepatutnya menerima keuntungan dari perniagaan tersebut bermula September tahun lalu, namun sehingga kini satu sen pun tidak diperolehi.Linda sebelum ini turut memberi amaran kepada kumpulan berkenaan di media sosialnya.“Sebenarnya sudah enam bulan kejadian ini berlaku. Saya ada menjalankan perniagaan dengan sekumpulan ‘datuk’ yang diperkenalkan kepada saya. Disebabkan mereka dikenali, saya percaya untuk bekerjasama.“Saya sudah pasang niat dan berjanji, kalau duit itu masuk saya akan sedekahkan kepada pihak yang sepatutnya. Masa itu penuh harapan, yakin akan dapat keuntungan, tapi sampai hari ini satu sen pun tak ada,” katanya ketika dihubungi mStar.Linda mengakui dia bukan jenis mudah meletakkan kepercayaan kepada orang lain, namun tidak menyangka keputusan kali ini membawa kekecewaan besar dalam hidupnya.ARTIKEL BERKAITAN: Linda Rafar u-turn, kekal bersama Elite... Norman KRU berjaya pujukARTIKEL BERKAITAN: Linda Rafar umum keluar EliteJelasnya, disebabkan terlalu yakin, dia sanggup mengeluarkan hampir semua simpanan termasuk wang perniagaan dan dana yang diperuntukkan untuk tahfiz.“Saya tak pernah percaya orang sampai tahap ini, tapi kali ini saya percaya sepenuhnya sampai keluarkan semua duit yang saya ada, hampir RM1 juta.“Ada duit simpanan sendiri, duit perniagaan dan juga duit tahfiz. Macam-macam perancangan saya buat untuk bantu orang susah, memang itu niat saya kalau ada keuntungan,” katanya.Tambah Linda, dia sudah beberapa kali menghubungi pihak berkenaan bagi menuntut semula wang tersebut, namun usaha itu menemui jalan buntu.Linda alami kesedihan yang melampau.Luahnya, sambutan tahun baharu yang sepatutnya bermula dengan sinar harapan bertukar menjadi episod penuh kekecewaan apabila dia merasakan dirinya telah ditipu oleh pihak berkenaan.“Sampai saya merayu minta bayar sikit-sikit sebab saya sudah berjanji dengan ramai orang. Bila tak dapat tunaikan janji, saya rasa sangat down sampai menangis kerana tak mampu tanggung ujian seberat ini.“Saya hampir putus asa, tapi nasib baik saya masih ada iman dan sokongan keluarga yang buatkan saya terus kuat sampai hari ini. Cuma keluarga pun tak tahu perkara ini sebab saya jenis simpan masalah sendiri,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube