MENERIMA teguran tentang sebutan dalam nyanyian, penyanyi Mark Adam memberitahu dia masih lagi berusaha melakukan yang terbaik bagi memperbaiki penguasaannya terhadap lagu-lagu berbahasa Melayu.Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 47, mengakui sukar untuk menyebut beberapa perkataan meskipun sudah lebih 20 tahun menetap di Malaysia. Mark berkata, dia juga sentiasa bersikap terbuka apabila barisan juri program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) memberi teguran tentang cara sebutannya ketika menyanyi di atas pentas.Mark sentiasa terbuka dengan teguran juri.“Saya masih mencuba yang terbaik. Ada perkataan yang masih susah nak sebut sejak dulu lagi,” katanya kepada mStar.Mark ditemui selepas tamat konsert minggu ke-10 GV12 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.Mengambil serius penglibatannya sebagai peserta, penyanyi itu juga tidak akan mengambil mudah dalam setiap persembahannya kerana sentiasa mahu memberi yang terbaik buat peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Mark Adam tak terfikir tukar warganegara, selesa dengan status PR di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan tidak langgar peraturan, kekal bertanding dalam Gegar Vaganza 12Namun bagi Mark, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan dia sukar untuk menghafal lirik dengan sebutan yang betul.“Setiap minggu saya akan ‘study’ lirik lagu yang diberikan.“Tetapi apabila sudah berumur, rasanya susah sikit mahu hafal lirik. Saya perlu hafal dan fikir tentang persembahan selain rasa gementar di atas pentas besar,” ujarnya. Ada perkataan yang masih susah nak sebut sejak dulu.MARK ADAMPENYANYIPada konsert minggu ke-10, Mark menyampaikan lagu berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (nyanyian asal Flybaits) dan berjaya menduduki tempat ketiga.Barisan juri memuji persembahannya pada malam tersebut, namun dia juga menerima teguran tentang sebutan beberapa perkataan yang masih tidak betul.Untuk info, Mark merupakan seorang warganegara Filipina yang juga memegang status sebagai penduduk tetap (PR) di Malaysia.Mark terharu dengan sokongan peminat dan keluarga.Sementara itu, bercakap tentang penglibatannya dalam GV12, Mark meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan ramai peminat yang mula menggelarkan diri mereka sebagai The Adam Family.“Melihat sokongan mereka, saya tidak mahu mensia-siakan perkara itu. Insya-Allah akan dapat berada di kedudukan paling atas (juara),” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube