suria

Linda Rafar umum keluar Elite

Tidak mudah Linda buat keputusan tinggalkan Elite.

PENYANYI Linda Rafar mengumumkan menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite pada Rabu. 

Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 47, berkata keputusan itu dibuat dengan penuh rasa sedih namun reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

“Hanya pada Allah sahaja aku berserah. Maafkan Linda jika tidak dapat nak sertai Elite lagi. 

Kumpulan Elite dianggotaiu oleh Abby (kiri), Shasha, Azza, Linda dan Watie. 

“Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan Linda dalam apa jua keadaan,” katanya.

Linda berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Rabu. 

Menerusi tinjauan mStar di Instagram, Linda turut memuat naik paparan skrin tangkap layar bersama anggota kumpulan Elite yang lain termasuk Abby Abadi dan Azza Zawari yang memberi kata-kata semangat terhadap keputusan penyanyi berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan di konsert Elite terima kecaman hebat, Linda Rafar tak maafkan individu hina hingga aibkan dirinya 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payahlah throwback” - Watie Sadali usik Linda Rafar kongsi kisah ‘romantik’ bersama Edry Abdul Halim

Dalam perkongsian itu, Azza turut memberitahu Elite tidak akan digantikan dengan anggota baharu kerana mereka adalah ahli yang membentuk kejayaan kumpulan tersebut. 

Malah, terdapat juga perbualan melibatkan penglibatannya dalam konsert GenKRU The Finale yang akan berlangsung pada 22 November ini. 

Keputusan Linda mendapat sokongan rakan-rakan Elite. 

“Elite takkan aku ganti dengan orang lain. Elite adalah kita. 

“Aku nak kau tahu itu,” ujarnya. 

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Linda tidak berjaya selepas dipercayai mempunyai urusan penting yang perlu diutamakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain