Pengusaha inap desa mendakwa penginapannya dijadikan sarang maksiat oleh individu tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan AI
RUMAH inap desa atau homestay selalunya menjadi pilihan utama golongan berkeluarga terutamanya ketika musim cuti sekolah.Selain tempat berehat, ada juga yang menyewanya sebagai lokasi majlis perkahwinan atau sambutan hari jadi secara kecil-kecilan pada hujung minggu. Namun, lain pula ceritanya bagi seorang pengusaha wanita ini apabila penginapan miliknya didakwa disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab sebagai tempat melakukan maksiat.Individu curang didakwa mensasarkan penginapan inap desa bagi mengelak daripada ditangkap. -Gambar hiasan AISegalanya bermula apabila dia menerima tempahan daripada seorang lelaki yang memberi alasan mahu mengadakan majlis sambutan hari jadi.Walau bagaimanapun, timbul rasa curiga apabila lelaki berkenaan hanya mahu membuat tempahan untuk separuh hari iaitu satu permintaan yang disifatkannya agak luar biasa."Harini aku dapat guest yang nak booking untuk setengah hari sahaja. Pada awalnya aku tidak syak apa-apa sebab dia cakap tak tidur pun."Booking untuk sambut birthday sahaja sebab katanya malam tu dia nak kerja. Jadi aku on sahaja kerana beranggapan mungkin bawa isteri honeymoon.Seorang pengusaha inap desa berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila premis miliknya didakwa dijadikan lokasi maksiat.Kejadian bermula apabila seorang lelaki membuat tempahan inap desa untuk tempoh setengah hari dengan alasan mahu mengadakan sambutan hari jadi.Tempahan singkat itu menimbulkan rasa curiga kerana jarang diterima oleh pengusaha wanita berkenaan.Wanita itu segera ke inap desa miliknya untuk memeriksa keadaan selepas mengesyaki lelaki terbabit berlaku curang.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tapi tiba-tiba macam tergerak hati... aku pun buat carian nama guest ni kat Facebook. Lepas tu ternampak isteri dia. rupanya hari lahir isteri dia adalah pada bulan Jun," kongsinya.Didorong rasa sangsi yang semakin kuat, pengusaha itu mengambil keputusan untuk terus bergegas ke inap desanya bagi memeriksa keadaan sebenar.Setibanya di lokasi, sangkaannya ternyata tepat apabila individu terbabit didakwa sedang curang di belakang isterinya.ARTIKEL BERKAITAN: Curang sebab bosan dan ingin berseronok... Isteri tergamam suami minta ikhlaskan diri, jangan berdendamARTIKEL BERKAITAN: Isteri dicurangi reda rumah tangga hancur, tolak ‘penyondol’ punca suami berubah hati - “Kalau sayang, tak ada yang kedua”"Apabila aku selidik akaun Facebook isterinya, elok je dia ada dekat rumah tengah buat kerja pada hari yang sama. Masa itu aku memang dah yakin dan faham sangat situasinya... suaminya memang tengah curang."Masa aku datang nak kemas homestay, punyalah besar tompokan yang mencurigakan dekat cadar. Faham-faham sahajalah."Aku ni tak tahu macam mana nak sekat orang-orang yang buat maksiat ni daripada tempah homestay," tambahnya.Mengulas lanjut, pengusaha berkenaan meluahkan rasa terkilan kerana biarpun penginapan yang dikendalikannya mengamalkan konsep mesra Muslim, kes-kes sedemikian masih berlaku dan agak sukar dibendung, terutamanya yang melibatkan golongan suami.