KECURANGAN dalam rumah tangga bukan isu remeh yang boleh diselesaikan dengan hanya meminta maaf sebaliknya ia boleh memberi luka emosi dan parut mendalam terhadap pasangan.Seperti kisah wanita ini, hatinya bagaikan dirobek apabila kesetian terhadap suami berakhir dengan sikap curang lelaki itu dibelakangnya. Menurut wanita itu, walaupun suaminya bukan seorang lelaki romantik sepanjang perkahwinan mereka namun tidak pernah terlintas di fikiran lelaki itu akan menduakannya.Isteri berdiam diri tanda ada sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan. -Gambar hiasan AI"Suami aku jenis yang tak suka disentuh. Kalau aku pegang dia cakap rimas. Aku duduk sebelah pun dia suruh ke tepi."Aku cium, dia tolak aku. Lepas tu tahu-tahu je dia curang pula."Susahnya ikhlas seorang isteri ini. Asyik isteri sahaja nak kena ada usaha. Isteri je yang nak kena mengalah, kena buat semua benda," luahnya di media sosial.Menurut wanita itu lagi, suaminya memberi alasan bosan dan hanya sekadar ingin berseronok ketika ditanya alasan dia berlaku curang.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda baru tahu aktiviti mendaki jadi ‘port’ curang orang berkahwin... Tidur sekhemah macam pasangan ‘halal’ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi tuduh menantu curang, ibu mentua gelabah cuba ’rasuah’ cincin emas... Suami minta maaf baru sedar perangai jahat mak sendiri"Suami cakap dia curang sebab bosan. Dia bosan aku asyik uruskan anak-anak, uruskan makan pakai dia. Dia nak seronok-seronok je," katanya.Sambungnya lagi, walaupun terluka namun dia memilih untuk mendiamkan diri sejak mengetahui suami berlaku curang malah tidak lagi mengambil tahu urusannya."Dia nak buat apa, aku tak ambil kisah. Dia nak pergi kerja ke, nak makan ke, nak tidur ke, tak balik rumah ke, aku biarkan je," ujarnya.Perubahan sikapnya itu membuatkan lelaki itu tidak senang duduk dan berusaha memujuk walaupun setiap kata yang keluar daripada mulutnya menambah luka sedia ada.Isteri kecewa selepas suami mengaku curang kerana bosan.Dia mendakwa suami tidak pernah menghargai kasih sayangnya.Wanita itu memilih berdiam diri selepas mengetahui kecurangan suami.Dia turut mendakwa menguruskan diri sendiri ketika sakit dan bersalin.Netizen bersimpati dan menyifatkan alasan suami tidak boleh diterima.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sekarang dia tak senang duduk sebab aku tak nak cakap dengan dia. Dia cakap tak elok berdendam macam ini sebab aku diam," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan suami wanita itu masih belum puas hidup sebagai lelaki bujang."Suami awak tak puas membujang lagi tu. Tanya apa dia nak dalam perkahwinan ini?"Sakit dan perit dapat pasangan macam ini. Awak buat semua tugas niat kerana Allah jer, nanti hati awak lapang," komen warga maya.