suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bagi duit belanja, bayar sewa rumah... Anak dah penat tanggung ibu, suka buat ‘drama‘ sedih sebab wang bulanan RM500 tak cukup!

Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan beban kepada anak. -Gambar hiasan AI

MENYARA ibu bapa yang sudah tiada pendapatan atau simpanan bukan tanggungjawab yang mudah dan lebih perit apabila segala pengorbanan dilakukan tidak dihargai.

Itu dilalui seorang wanita yang meluahkan rasa penat apabila ibunya sering meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dia dan adik-beradik mengenai wang bulanan diterima daripada mereka.

Menurut wanita itu, dia memberi RM200 setiap bulan manakala adik lelakinya pula menyumbang RM300 sejak pemergian bapa mereka.

Tidak hanya itu, mereka turut membayar sewa rumah dan menyelesaikan semua bil utiliti walaupun ibunya masih bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

 

Ibu bapa tidak seharusnya meminta anak-anak menanggung mereka sepenuhnya. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa tidak seharusnya meminta anak-anak menanggung mereka sepenuhnya. -Gambar hiasan AI

"Setiap hari kena belikan mak makanan sebab dia memang tidak memasak. Kalau masak pun hanya untuk anak bongsu dia sahaja.

"Rumah yang mak duduk pun tak perlu bayar sewa. Bil api dan air tak sampai RM100. Duit yang kami bagi itu terlebih cukup (bayar bil)," katanya.

Namun ceritanya, ibunya sering mengeluh wang diberikan tidak mencukupi walaupun mempunyai pendapatan sendiri.

Katanya, dia bukan berkira dengan ibu sendiri tetapi mereka adik-beradik juga mempunyai komitmen bulanan yang perlu dilunaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang ibu bapa B40 cakap tak serupa bikin! Suruh berjimat tapi ‘loan’ iPhone dua tahun, tukar kereta baharu ansuran RM1,000 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami ‘angau’ cinta janda, lepas tangan nafkah anak... Mak ayah pula tanggung menantu, siap tolong bayar sewa rumah

"Kalau bagi duit belanja lebih bukan beli barang dapur pun. Dia selalu kata aku ini tak lepas nak bayar itu ini, korang tak apalah dah lepas bayar itu ini.

"Habis tu kereta kami, siapa nak bayar kalau bukan dari hasil kami bekerja. Takkan kami bekerja, kena tolong bayar komitmen yang mak kami cipta sendiri?" luahnya.

Wanita itu turut meluahkan rasa kecewa apabila setiap kali dia membeli barangan peribadi, ibunya akan mengeluarkan ayat berbaur merajuk. 

"Bila kami beli baju, sabun ke apa mak akan cakap boleh la beli itu ini, aku ni? walhal dia lebih mampu, ada gaji dan tiada komitmen langsung, siap duit anak bagi.

  • Wanita luah penat apabila tetap dipersalahkan walaupun memberi wang kepada ibu setiap bulan.
  • Dia dan adiknya menyumbang RM500 sebulan, namun ibunya masih mengeluh tidak cukup.
  • Wanita itu berkata dia turut menanggung komitmen sendiri termasuk ansuran kereta dan makan harian.
  • Dia kecewa apabila ibunya sering membandingkan setiap kali membeli keperluan peribadi.
  • Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya.

"Kadang-kadang rasa nak bawa diri, nak menyepi. Rasa penat sangat sebagai anak perempuan," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui ada segelintir ibu bapa bersikap demikian tanpa menyedari tindakan mereka telah membebankan anak-anak.

"Memang wujud ibu bapa macam ini, selalu 'play victim' agar buat anak-anak rasa bersalah.

"Lepas ini duit api, air jangan bagi. Bayar secara dalam talian tanpa menyerahkan wang tunai kepadanya," antara komen warga maya.

Artikel Lain