TERDAPAT sebahagian lelaki yang bercerai masih gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak dengan menyerahkan segalanya kepada bekas isteri.Perkara itu dikongsikan oleh seorang individu yang menceritakan situasi melibatkan adik lelakinya selepas berlakunya penceraian dengan bekas isteri sehingga talak tiga. Menurutnya, bekas isteri adiknya merupakan seorang suri rumah yang menjaga dua orang anak, manakala adiknya pula mempunyai pendapatan tidak tetap."Masa tu dia tengah gilakan janda tiada anak, iaitu bini dia sekarang. Menitis air mata ayah saya tengok anak lelaki dia buat isteri macam tu. Ibu bapa sebelah lelaki bertanggungjawab terhadap cucu seandainya berlaku kejadian tidak diingini terhadap anak mereka. -Gambar hiasan AI"Mahkamah putuskan nafkah untuk dua orang anak tu RM250 sebulan. Mana cukup nak bagi makan anak," kongsi individu tersebut.Katanya lagi, jumlah nafkah tersebut disifatkan tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan membuatkan ibu bapanya memberikan wang tambahan kepada dua cucunya itu."Mak ayah saya tambah duit nafkah untuk cucu tu. Ayah sewakan rumah, penuhkan perabot, siap bagi RM1,000 sebulan untuk sara cucu," katanya.Namun, dia mendakwa adiknya tidak berpuas hati apabila bekas isterinya menerima bantuan tambahan daripada ibu bapa mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Penat ‘mengemis’ nafkah anak, wanita serah hak penjagaan pada bekas suami - “Biar dia rasa pakai duit banyak mana”ARTIKEL BERKAITAN: “Aku ingat janda boleh berdikari” - Lelaki kongsi sisi gelap kahwin wanita anak empat, dilayan seperti hamba masa sakitMalah, keluarganya mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan dua anak berkenaan termasuk membawa mereka bercuti dan meluangkan masa bersama."Kami ibu bapa saudara cuba cukupkan keperluan anak buah dengan bawa mereka jalan-jalan dan beli mainan."Cuti sekolah baru-baru ni kami buat family day, trip ke Sabah siap bawa dua beradik tu. Semua kami tanggung," katanya.Tambahnya, ramai masih kurang memahami bahawa tanggungjawab nafkah anak selepas perceraian tetap perlu diutamakan oleh bapa.Seorang individu mendakwa adik lelakinya gagal menampung nafkah anak selepas perceraian.Mahkamah menetapkan nafkah RM250 sebulan untuk dua orang anak yang disifatkan tidak mencukupi.Ibu bapa pihak lelaki kemudian tampil menambah bantuan kewangan dan keperluan cucu.Keluarga turut membawa cucu bercuti dan menanggung perbelanjaan harian mereka.Perkongsian itu mencetuskan perbincangan netizen mengenai tanggungjawab nafkah selepas perceraian.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau ayahnya tak mampu, atok sebelah ayah yang kena bantu. Kalau atok tak mampu, bapa saudara sebelah ayah yang kena bantu," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen terutama dalam kalangan ibu tunggal yang menyatakan wanita itu bertuah kerana mempunyai keluarga bekas mentua yang bertanggungjawab."Ayah yang ada agama. Alhamdulillah. Bagusnya, manakala keluarga bekas mentua saya pula setuju menantu dan cucu tak diberikan nafkah."Satu dalam 1,000 je yang macam ni. Banyak yang pura-pura bodoh dan lupa," komen warga maya.