BUKAN mudah bagi seorang lelaki untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami apabila memilih janda sebagai pasangan hidup, lebih-lebih lagi jika wanita itu sudah pun mempunyai cahaya mata.Menurut seorang lelaki, sebelum berkahwin dia menyangka wanita yang berstatus janda anak empat itu mampu menguruskan keluarga dengan baik, namun jangkaannya meleset sama sekali. Sebaliknya, hampir semua tanggungjawab dan urusan berkaitan anak-anak tirinya kini dipikul sepenuhnya oleh pengadu.Ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak. -Gambar hiasan AI"Aku ingat kahwin dengan janda dia akan berdikari, rupanya tak. Dia lepaskan semua anak-anak dia kat aku. Boleh dikatakan 100 peratus tanggungjawab atas aku."Dari sekolah, makan, pakai mereka semua atas aku. Aku penat dengan kerja lagi. Pergi sekolah aku hantar, balik kena ambil anak-anak dia pula. Apabila minta naik dengan pakcik van, dia melenting," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: “Seluar dalam pun saya basuh” – Lelaki jadi hamba dalam rumah sendiri, dilayan macam sampah demi ambil hati anak tiriARTIKEL BERKAITAN: Janda muda stres 3 kali rumah diserbu pejabat agama, jiran tak percaya status mahram - “Awak cantik, sebab tu ada yang dengki”Menurut lelaki itu, dia juga perlu mengambil cuti untuk menghadiri majlis sekolah anak-anak, sedangkan isterinya atau bapa kandung mereka jarang hadir."Sampaikan anak-anak dia lagi rapat dengan aku berbanding mak ayah kandung mereka sendiri."Bini aku tak pernah tanya macam mana keadaan anak-anak dia dekat sekolah. Jadi anak-anak memang kurang mesra dengan dia," katanya.Bercerita lanjut, lelaki berkenaan turut mengakui pernah berdepan detik sukar apabila dia terpaksa dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti demam virus.Malangnya, pengorbanan lelaki ini seolah-olah tidak dihargai apabila dia mendakwa tidak mendapat perhatian mahupun layanan yang sewajarnya daripada si isteri, meskipun baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah. "Ingat boleh la rehat kat rumah. Rupanya tak, esoknya dah kena buat kerja rumah. Sampaikan aku hampir pitam. Tak keluar langsung daripada mulut dia suruh aku rehat," katanya.Lelaki dakwa semua tanggungjawab anak tiri dipikul sendiri.Anak tiri lebih rapat dengannya berbanding ibu kandung.Dia kecewa isteri tidak peduli ketika dirinya sakit.Tetap bertahan kerana terlalu sayang anak-anak tiri.Netizen puji lelaki itu jadi bapa tiri bertanggungjawab.Ringkasan ini dijana oleh AIWalaupun kecewa, lelaki berkenaan mengakui dia masih mampu bertahan kerana terlalu menyayangi keempat-empat anak tirinya yang disifatkan sebagai sangat baik dan tinggi adab serta budi pekerti."Saya anggap macam anak-anak saya. Sepanjang hidup tak pernah saya jumpa budak-budak sebaik mereka, adab tinggi belajar pun bagus."Kalau balik kerja tengok mereka tiada, saya tak bimbang kerana mereka ada di masjid. Sampaikan ahli jawatankuasa masjid pun kenal mereka, sampai imam tengah latih anak sulung jadi bilal," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersimpati dengan lelaki tersebut kerana perlu memikul tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung ibu bapa kandung.Warga maya juga turut berterima kasih kerana lelaki berkenaan menjadi bapa tiri yang baik."Tak patut isteri beri beban kepada pasangan baru, bukan tanggungjawab yang wajib pun nak menanggung anak tiri kerana bapanya masih hidup."Ini tanggungjawab ibu bapa kandung. Kalau awak bantu, awak dapat pahala dan ganjaran dari Allah. Ikut kemampuan awak," komen netizen.