suria

“Seluar dalam pun saya basuh” – Lelaki jadi hamba dalam rumah sendiri, dilayan macam sampah demi ambil hati anak tiri

Bukan mudah berkahwin dengan janda yang mempunyai anak. -Gambar hiasan AI

BERKAHWIN dengan janda atau duda bukan sesuatu yang mudah apatah lagi jika pasangan itu sudah mempunyai anak.

Cabaran menyesuaikan diri dan memahami keperluan dan kehendak anak tiri boleh menjadi ujian besar dalam rumah tangga.

Itu juga yang dialami oleh seorang lelaki yang bergelar bapa segera kepada tiga anak tiri yang sudah meningkat remaja.

Walaupun sudah melakukan pelbagai cara menambat hati anak-anak tiri namun percubaan itu tidak membuahkan hasil sebaliknya sering dijadikan sasaran kebencian.

Lelaki perlu berfikir semasak-masaknya untuk berkahwin dengan janda mempunyai anak. -Gambar hiasan AI

Lelaki perlu berfikir semasak-masaknya untuk berkahwin dengan janda mempunyai anak. -Gambar hiasan AI

"Saya ada tiga orang anak tiri, sebelum ini kesemua mereka tinggal dengan bapa kandung mereka sejak kecil. 

"Masing-masing berusia 15, 16 dan 18 tahun. Masalah utama saya sekarang, anak tiri yang paling bongsu paling suka melawan dan menengking saya," katanya.

Kata lelaki itu, walaupun bukan bapa kandung, setiap kata-kata makian yang keluar daripada mulut anak tirinya menggores hatinya.

Dia juga sudah cuba berlembut dengan anak-anak selain cenderung menurut semua kehendak mereka demi mengambil hati dan mengelak konflik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal kahwin duda! Suami paksa bayar pengasuh, jaga sepenuhnya 3 anak tiri... Ugut jika berhenti kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tak restu janda kahwin duda anak 4, anggap ‘red flag’ sebab baik dengan bekas isteri - “Saya rasa dia gentleman”

"Kadang-kadang apa yang mereka nak, apa mereka suruh saya akan ikutkan sahaja.

"Mereka ini cerewet bab makan, nak makanan sedap-sedap. Sayur, ikan tak mahu makan," ujarnya.

Tidak hanya itu, sikap pemalas anak-anak turut membuatkan dia berasa resah kerana mereka tidak dapat berdikari dan mengharapkan semuanya disediakan.

"Bayangkan, seluar dalam mereka pun saya basuh! Kain baju tak payah cakap. Tak tolong pun angkat baju, mengemas.

  • Lelaki luah cabaran jaga tiga anak tiri remaja.
  • Anak Tingkatan Empat didakwa suka melawan.
  • Dia terlalu berlembut dan ikut kehendak mereka.
  • Anak tiri cerewet makan dan malas buat kerja rumah.
  • Netizen nasihat supaya lebih tegas.

"Kalau duduk rumah macam anak raja. Mereka hanya tengok televisyen, main game dan tidur. Sedih betul," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang meminta lelaki itu agar tidak terlalu mengikut permintaan anak-anak tirinya.

"Engkau melayan dah kenapa? Ayah kandung mereka belum tentu nak basuh seluar dalam mereka.

"Mereka bukan budak kecil. Lagi pun tanggungjawab nafkah bukan pada tuan, apa yang tuan buat itu ihsan je," nasihat netizen.

Artikel Lain